20 Julai 2026 - Isnin [5 Safar 1448H]
Aku?
Dari pagi aku log masuk ke blog, menghadap draf yang sama. Sampai malam pun masih di situ. Ayat dibaca berulang kali, dipadam, ditambah, diubah sana sini. Kadang-kadang bukan sebab takde idea, cuma otak dah penat nak mencari susunan ayat — nak kemaskan lenggok bahasanya. Nampak macam mudah tapi di situlah aku selalu tersangkut.
Cerita tentang rutin?
Masih rutin yang sama.
#RemajaPurba: Nikmati proses menulis.. seperti di [SINI]
Asalkan dapat difahami pun sudah mencukupi.
ReplyDeleteSemoga terus bersemangat, takde idea kita blogwalking.. keep it up!
ReplyDeleteitulah.. perlahan-lahan cuba blogwalking walau sibuk dengan tugas hakiki.
Delete