Followers Remaja Purba

Thursday, April 9, 2026

BILA LAGI NAK JUMPA - Faizal Tahir dan Senario


09 April 2026 - Khamis [20 Syawal 1447H]

Dalam banyak-banyak lagu raya tahun ini, lagu raya dari Faizal Tahir bersama Senario paling dekat dengan hati — 'Bila Lagi Nak Jumpa'. Satu naskhah yang tidak mengecewakan dari Faizal Tahir dan berkolaborasi pula dengan Senario yang memang dah tentu kelakar. Setiap bait lagu tersebut mempunyai makna seolah-olah bercerita tentang rindu yang tak sempat diluah dan masa yang tak mampu diundur kembali.

Hari-hari menjadi minggu
Minggu-minggu menjadi bulan
Bulan-bulan menjadi tahun
Bila lagi nak jumpa


Dalam lagu itu ada satu rangkap yang sangat sinis, yang mengatakan..

Jangan lupa bertegur sapa
Bukan selalu kita kan dapat bersua
Kalau bukan berhari raya
Manakan bersemuka bertanyakan berita



Memang benar.. kadang-kadang kita sedar, kalau bukan musim raya, entah bila kita akan berjumpa. Seolah-olah menunggu Syawal sahaja untuk mengikat kembali tali yang longgar. Lebih-lebih lagi dengan keluarga sendiri.. abang, kakak, adik — yang datang dari rahim yang sama.

Sedangkan kita tahu, pesanan Rasulullah SAW begitu jelas — sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan dilapangkan rezekinya, maka hubungkanlah silaturrahim.


Benarlah kata-kata pakcik IG: @roslan21863:
Dalam banyak-banyak lagu raya tahun ini, lagu ini yang paling menyentuh perasaan..

IG: @roslan21863

di [SINI]


Alhamdulillah.. masih ada ruang untuk kita bertemu di hari raya. Namun, tetap ada yang memilih untuk terus menjauh walaupun Syawal datang menjelma. Mungkin kerana perkara lama yang masih bersisa, rasa yang belum benar-benar terlerai atau ego yang masih menguasai hati.

Padahal.. yang paling banyak mengalah itulah sebenarnya yang paling besar ganjarannya. Sebab itu, bait lagu 'kalau bukan berhari raya, manakan bersemuka bertanyakan berita' benar-benar memberi makna. Ia bukan sekadar lirik tapi satu peringatan — bahawa hubungan itu perlu dihidupkan, bukan bermusim.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
LAGU: BILA LAGU NAK JUMPA

dari [SINI]


[1]
Jangan lupa bertegur sapa
Bukan selalu kita kan dapat bersua
Kalau bukan berhari raya
Manakan bersemuka bertanyakan berita

​[Chorus​]
Hari-hari menjadi minggu
Minggu-minggu menjadi bulan
Bulan-bulan menjadi tahun
Bila lagi nak jumpa

Hari-hari menjadi minggu
Minggu-minggu menjadi bulan
Bulan-bulan menjadi tahun
Bila lagi nak jumpa

Verse
Anak bulan jadi tumpuan
Anak kecil keriangan
Sabar menempuh Ramadan
Sama kita raikan.. Kejayaan
Moga bertemu tahun hadapan

​ulang [1]

​ulang [Chorus]

Selamat Hari Raya
Aidilfitri mulia

oohh.. Hari-hari menjadi minggu..
Minggu-minggu menjadi bulan..
Hari-hari menjadi minggu
Minggu-minggu menjadi bulan
Bulan-bulan menjadi tahun
Bila lagi nak jumpa

​ulang [Chorus​]

Hari-hari menjadi minggu
Minggu-minggu menjadi bulan
Bulan-bulan menjadi tahun
Bila lagi nak jumpa


Semoga setiap pertemuan yang Allah izinkan ini bukan sekadar kebetulan tapi peluang untuk kita kembali merapatkan hubungan yang pernah renggang.


Sebarkanlah salam, suburkan kasih sayang.
Lakukan segalanya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Kerana pada akhirnya.. Allah sentiasa ada, melihat setiap usaha kita dalam menjaga sebuah hubungan.

#RemajaPurba: Jangan tunggu hari raya untuk bertanya khabar

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...