24 April 2026 - Jumaat [6 Zulkaedah 1447H]
Setiap musibah yang hadir pasti membawa hikmah yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia. Tiada seorang pun yang terlepas daripada ujian — sama ada dalam bentuk nikmat dan rezeki, mahupun kesusahan, kehilangan dan penderitaan. Ujian itu bukan sekadar untuk mereka yang mengalaminya tapi untuk kita yang melihat dan mendengar.
Persoalannya, bagaimana kita berhadapan dengan berita-berita sedemikian? Adakah kita cepat melontarkan kata-kata yang melukakan atau kita memilih untuk diam dan muhasabah diri?
Dalam perjalanan hidup ni, kita akan berdepan dengan perkara yang buat kita keliru, adakala sampai kita terdiam sebab hati dan akal tak mampu nak hadam tapi bila kita kembali semula kepada Allah, kita sedar — hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala yang kita sendiri tak mampu fahami.
Segala yang terjadi semuanya dalam pengetahuan ALLAH. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, walaupun hakikatnya kadang-kadang sukar untuk kita terima. Itulah aturan dan jalan cerita yang telah Allah tetapkan sebagai ujian buat kita agar benar-benar memahami dan menerima qada’ dan qadar dengan hati yang reda.

— True Indeed —
Sama-sama kita jaga lisan dan hati agar tidak terjerumus daripada perkara yang bukan-bukan. Sesungguhnya Allah s.w.t lebih mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi.
Ujian orang lain bukan untuk kita nilai. Tak semua yang kita lihat perlu kita ulas — Allah tahu apa yang kita tak tahu.
#RemajaPurba: ..
No comments:
Post a Comment