26 April 2026 - Ahad [8 Zulkaedah 1447H]
Tengah blogwalking membalas kunjungan dari kawan-kawan blogger, aku terjumpa satu segmen ni. Nampak menarik, jadi aku pun join sekali bagi memeriahkan suasana. Segmen yang dianjurkan oleh blogger Aynora, aku jumpa segmen ni dari blog JMBELOG di [SINI]
Buat mereka yang berminat..
Segmen Pencarian Bloglist Aynorablogs.com Tahun 2026
boleh join di [SINI]
Syarat Penyertaan:
- Buat satu entry bertajuk Segmen Pencarian Bloglist Aynorablogs.com Tahun 2026
- Letak gambar banner di atas dekat entry itu dengan backlink ke entry ini.
- Ceritakan sedikit apakah korang pernah blogwalking kat blog Aynora?
- Hantarkan link anda di bahagian komen blog, nanti saya listkan kat bloglist.
- Segmen ini akan berlangsung dari 01 Mei 2026 hingga 31 Disember 2026.
Soalan dari empunya blog, Aynora:
Ceritakan sedikit apakah korang pernah blogwalking kat blog saya ini?
Jujurnya aku tak pernah lagi singgah ke dalam blog Aynora ni, jadi aku bagi komen secara umum jelah ye. Apa yang aku tengok di bahagian atas ada empat topik utama iaitu 1001 Resepi, Kesihatan, Lifestyle dan Agama — yang mana boleh klik pada tajuk-tajuk tersebut dan boleh scroll untuk sub topic yang relevan dengan kehidupan seharian. Gaya penulisan pun santai.. macam berborak.
Seperti kata Aynora:
Macam biasa bila orang tanya kenapa nak buat bloglist, jawabnya mudah je — sebab mudah nak blogwalking dan 'curi' idea bila ketandusan.. haha (gurau je..).
Pada aku.. itu bukan soal mencuri idea tapi bila ketandusan idea, kita cuba mencari topik yang sesuai untuk dijadikan entry di dalam blog. Setiap orang punya pengalaman tersendiri — topik mungkin sama, tetapi penghayatan dan penyampaian tetap berbeza.
Sekecil mana pun perkongsian tetap ada nilai untuk yang sudi membaca dan terima kasih kepada penganjur atas peluang yang diberi.
#RemajaPurba: ..

No comments:
Post a Comment