Hari Jumaat lepas, ketika orang sudah lena dibuai mimpi, en. Hubby terlebih gula meminta bantuan aku dan dak Nuha mengemas ruangan dapur. Mengalih rak dari kiri ke kanan dan belakang ke depan. Dari pukul sepuluh malam hingga hampir pukul dua pagi kami mengemas - menyisih dan buang. Ada juga barang catering en. Hubby akan di let go kepada kawannya.
Ada juga barang yang kami letak di luar rumah, yang ni turn dak Adik untuk membasuhnya. Dak Adik esok akan balik dari selatan.
Hari Jumaat lepas, ketika kebanyakan orang sudah lena dibuai mimpi, en. Hubby tiba-tiba 'terlebih gula' mengajak aku dan dak Nuha untuk mengemas dapur. Maka bermulalah misi kami — mengalih rak dari kiri ke kanan, dari belakang ke depan.
Dari pukul sepuluh malam hingga hampir pukul dua pagi, kami mengemas, menyisih dan membuang mana yang tak lagi diperlukan. Ada juga beberapa barang catering milik en Hubby yang akan dilepaskan kepada kawannya. Selebihnya, ada barang yang kami letakkan di luar rumah — yang ini tunggu dak Adik balik dari selatan esoknya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
25 April 2026 - Sabtu [7 Zulkaedah 1447H]
Pagi..
Mengambil dak Adik di Terminal di situ. Hampir sejam dia menunggu — semuanya gara-gara aku lewat keluar rumah dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Dalam keadaan kepala berdenyut menahan migrain, aku tetap gagahkan diri memandu. Malas nak layan sangat sakit ni, nanti habis semua benda terasa serabut. Punca migrain ni datang akibat tidak cukup tidurt dan kepenatan mengemas rumah.
Tengah hari..
Alhamdulillah, sebaik sahaja tiba di Terminal di situ dan ambil dak Adik, aku terus bertukar tempat dengan en. Hubby — kali ini aku jadi co-pilot saja. Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Gombak untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sebelah myFIL.
De Cassa Mahligai Wedding & Event di Batu Caves
Memandangkan aku tidak mengenali sesiapa di sana, aku hanya duduk diam di sisi dak Adik dan dak Nuha. Tambahan pula kepala masih berdenyut menahan migrain, nak berbual pun terasa berat.
Tak lama kami berada di majlis tersebut, kami pun mohon diri untuk beransur pulang. Aku tak sabar nak balik berehat di rumah.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
26 April 2026 - Ahad [8 Zulkaedah 1447H]
Menghadiri kenduri kahwin en. Awe, saudara a.k.a jiran sebelah rumah kami yang berlangsung di rumah mertuanya di sini. Alhamdulillah, suasana majlis sangat meriah dan penuh dengan kemesraan.
Luas kawasan rumah pengantin perempuan
Selamat Pengantin Baru buat en. Awe dan Sidah
Moga kekal bahagian hingga ke akhir hayat
Berdebar Lain Macam Bila Gosok Baju Nikah Pengantin Lelaki
Semalamnya, kali kedua beliau meminta bantuan aku untuk menggosok baju Melayu yang bakal dipakai pada hari nikahnya. Sebelum ini pun pernah — waktu dia hendak menunaikan umrah, dua helai jubahnya aku yang gosokkan. Tadi, bila bertemu beliau bersama pasangannya, sempat juga aku mengusik.. 'Lepas ni takde dah hantar kat rumah kami untuk gosok baju sebab dah ada orang jaga'.
Petang..
Kami sambung mengemas rumah, kali ni en. Hubby dan dak Adik mengemas di bahagian luar rumah dan dak Nuha menemani aku di dapur. Semuanya gara-gara cikTi — terpaksa mengerah tenaga mengemas semuanya.
Malam..
Rezeki kami.. en. Awe menghantarkan lauk kenduri buat kami sekeluarga. Alhamdulillah, esok tak perlu masak — ini pun satu nikmat yang patut disyukuri.
Dalam masa yang sama, aku dah pasangkan perangkap untuk cikTi. Tunggu masa aje.. selagi tak kena, rasa geram je hati ni cuma aku risau dak Jasmine pulak yang makan umpan tu.
#RemajaPurba: ..




No comments:
Post a Comment