Followers Remaja Purba

Sunday, April 12, 2026

PURSUIT OF JADE - CDrama (2026)


Sambungan dari [SINI]

10 April 2026 - Jumaat [11 Syawal 1447H]

Pursuit of Jade, a trending 2026 Chinese romantic period drama.
Drama ini bukan sekadar kisah cinta biasa tapi penuh dengan konflik, perjuangan dan pengorbanan. Dari pertemuan yang tak disangka, kahwin paksa yang akhirnya bertukar jadi cinta, sampai ke medan perang — semuanya buat aku makin melekat nak tengok sehingga habis. Memang jenis drama yang sekali start, susah nak berhenti.


Episod Pertama: 06 Mac 2026
Mengisahkan tentang 'Fan ChangYu' — seorang wanita muda yang kuat, memikul tanggungjawab menjaga adik perempuannya selepas ibubapanya mati dibunuh. Walaupun hidupnya susah tapi dia enggan menyerah kepada takdir, sebaliknya bekerja keras untuk memastikan keluarganya terus bertahan. Bertemu secara tidak sengaja dengan 'Yan Zheng' ketika balik kerja, yang mana Yan Zheng tidak sedarkan diri ditimbunan salji yang turun. Fan ChangYu membawa lelaki misteri itu balik ke rumah dan merawatnya.

[episode pertama]



I'm Yan Zheng
'Yan' stands for words
'Zheng' for righteousness


Betapa innocent Fan ChangYu yang masih tidak mengetahui bahawa Yan Zheng, suaminya sendiri, sebenarnya ialah Marquis of Wu’an. Begitu dalam kasihnya terhadap suami sehingga dia sanggup memberikan ubat tidur agar Yan Zheng tidak turut serta ke medan perang. Satu tindakan yang berisiko tinggi, semata-mata kerana tidak sanggup melihat suaminya cedera lagi.

Apabila Yan Zheng sedar daripada pengsan dan terkejut mendengar isterinya berada di medan peperangan, beliau segera mencarinya. Ketika itu Fan ChangYu berjaya menewaskan Mejar Jeneral Shi Hu, orang kanan kepada Lord Changxin.

adegan di dalam episode ke-26

Segalanya terbongkar apabila Yan Zheng memasuki medan perang sebagai Marquis of Wu’an, membuatkan Fan ChangYu terkejut apabila menyedari dirinya telah ditipu selama ini Namun, Yan Zheng bijak mengawal keadaan, memujuk dengan berhati-hati, demi memastikan dia tidak kehilangan isterinya lagi.

Sebagai pemimpin tentera yang digelar Marquis of Wu'an, beliau digambarkan sebagai seorang yang bijak, penuh perhitungan dan digeruni oleh pihak lawan. Namun di sebalik ketegasannya, hatinya hanya milik Fan Chang Yu dan beliau sanggup menggunakan kedudukan serta kuasanya demi melindungi wanita yang dicintainya.

ep 27

FangYu..
My name is Xie Zheng. My courtesy name is Jiuheng.
I serve in the army and I am from the Capital, titled Marquis of Wu'an.
With a sincere heart, I ask for your hand in marriage.
May we be together in eternal peace and spend our days in tranquility.



Episode 35 & 36: Song Yan, bekas tunang Fan ChanYu.
Sepanjang dia menuntut dalam bidang undang-undang, keluarga Fan ChangYu yang menanggung segala kos pembelajarannya. Namun, betapa angkuhnya dia bersama ibunya, sanggup menghina Fan ChangYu sebelum berpindah ke bandar dan memutuskan pertunangan mereka hanya kerana menganggap tarafnya tidak sepadan.


Song Yan menerima arahan untuk mengajar Flower-Crowned General in the Capital (fourth-rank official) tentang etika istana. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati individu tersebut ialah Fan ChangYu. Lebih mengejutkan, empat orang sekampung yang bersama ChangYu kini memegang pangkat yang lebih tinggi daripadanya. Kemuncaknya, ketika hendak beredar, dia terserempak pula dengan Marquis of Wu’an — yang sebelum ini disangkanya hanya mempergunakan ChangYu demi kehidupan yang lebih mewah.

Karma is Real..

'When the northern gees fly south, the phoenixes won't be able to find a place to land'

'criminal offensive side-eye'


Berlagak sangat.. adan uke dia.
di [SINI]

Yin and Yang

Returning to the Capital with an imperial edict


Episod Terakhir: 26 Mac 2026
Selepas musuh yang cuba merampas kuasa berjaya ditewaskan oleh tentera Marquis of Wu’an, Fan ChangYu akhirnya kembali ke kampung halamannya seperti yang diimpikan. Suaminya turut mengikutinya dan mereka menjalani kehidupan yang bahagia bersama.

Malah, mereka turut dianugerahkan gelaran oleh istana — Fan ChangYu sebagai Grand General of Huaihua, manakala suaminya pula menerima gelaran Prince Regent. Siapa sangka dari seorang anak penjual daging kini berada di tampuk pemerintahan tertinggi.


Selepas lima tahun, mereka kembali lagi untuk berperang..
episode 40




林俊傑 JJ Lin《我對緣分小心翼翼 Careful with Fate》
di [SINI]

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 

[Main Role | code name]:
Zhang Ling He — Yan Zheng / Xie Jiu Heng / Marquis of Wu'an [Main Role]
Tian Xi WeiFan Chang Yu [Main Role]

[Support Role | code name]:
Snow Kong — Yu Qian Qian
Deng Kai — Qi Min / Sui Yuan Huai
Li Qing — Gongsun Yin [Headmaster of Liu Yuan Academy of Heijian]
Yu Zhong LiQi Shu [Grand Princess]
Cao Yan NingFan Chang Ning [Chang Yu's sister]
Wu Jia JunYu Bao Er [Qian Qian's son]
Yue YangMr. Zhao [Chang Yu's neighbor]
Liu LinMrs. Zhao [Chang Yu's neighbor]
Ren HaoLi Huai An / Wen Kan
Yan Yi KuanWei Yan [Prime minister of Yin]
Lin Mu RanSui Yuan Qing
Li Dian ZunMr. Jin / Jin Yuan Bao [Northwest Pig Butcher Squad]
Wu Yi JiaMan Wu [Northwest Pig Butcher Squad]
Sun KaiMan Cang [Northwest Pig Butcher Squad]
Nine Kornchid BoonsathitpakdeeMan Di [Northwest Pig Butcher Squad]
Shawn ZhangXie Wu [Blood-Robed Cavalry guard]
Li Yu WeiXie Qi [Blood-Robed Cavalry guard]
Yang He WenXie Shi Yi [Blood-Robed Cavalry guard]
Zhu Zan JinSong Yan [Face only] (Ep. 1-2, 4-5, 14-15, 35-36) [Guest Role]



Aku..?
Masih ulang tengok drama ini — nampaknya belum boleh move on lagi.

#RemajaPurba: ..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...