Followers Remaja Purba

Tuesday, April 21, 2026

If The Jinzhou Massacre 17 Years Ago Had Never Happened


- PURSUIT OF JADE -

Kadang-kadang, kita tak sangka sebuah cerita bukan sekadar hiburan tapi mampu meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam diri. Dari satu episod ke satu episod, tanpa sedar kita mula hanyut dalam dunia yang dicipta, hingga terasa dekat dengan setiap watak dan jalan ceritanya.

Ada waktu-waktunya, aku cuma mencari sesuatu untuk mengisi masa lapang, sekadar hiburan tapi drama Pursuit of Jade di [SINI] mencuri perhatian aku.

Semua babak dalam drama tersebut memang berjaya tarik perhatian — ada unsur lawak, ada emosi yang buat aku hanyut sekali. Jarang-jarang aku menulis sampai dua tiga entry tentang satu drama dalam blog ini, Mungkin itu yang buat aku susah nak move on.

Untuk entry kali ni, aku pilih secara random scene untuk aku kongsikan di sini.

episode: 32
di [SINI]

Grand  Eunuch sanggup masuk ke military camp untuk berjumpa dengan Marquis Wu'an membawa utusan bahawa perkahwinan akan dilangsungkan antara Princess Royal tetapi Marquis Wu'an menolak titah tersebut. Dalam scene ini Grand Eunuch telah dipotong telinganya. Walau dah putus telinga pun masih tak serik-serik hingga membawa pengakhiran yang tragis apabila beliau dibunuh oleh Marquis Wu'an dengan pedang Longquan Sword., senjata yang menjadi simbol kekuasaan Maharaja. Untuk scene ini, boleh ditonton dalam episod 37.


episode: 19
di [SINI]

Bagi aku, watak Qi Win ini memang another level — sangat mengujakan. Dia terlalu obsess terhadap Qianqian, wanita yang pernah menyelamatkan dirinya suatu ketika dahulu. Sanggup dia sampai ke tahap ingin membunuh anak mereka sendiriBao’er, hasil daripada hubungan mereka berdua. Bagi Qi Win, apa yang dia mahukan mesti dia dapat, tak kira siapa yang perlu dikorbankan — walaupun mereka yang pernah menjaga dirinya dahulu.

- Behind The Scene -

Jika mereka digandingkan dalam sebuah drama seperti ini, pasti mampu meraih rating yang tinggi kerana chemistry antara mereka memang sangat kuat seperti  — Yanz Zheng dan Fan ChangYu


PLOT TWIST
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

If the Jinzhou Massacre 17 years ago had never happened

episode: 40




di [SINI]

- Lima watak Protagonis dan Antagonis yang menarik perhatian -
di [SINI]


Seperti perbualan antara dak Nuha dan Babahnya..
'Tak habis lagi ke dramanya?'
'Alah Babah.. ibu tu kejap je. Nanti ada drama lain, tukar pulak minatnya'.

#RemajaPurba: Marquis Wu'an

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...