Followers Remaja Purba

Tuesday, November 22, 2022

Suami Dayus bila doktor lelaki sambut isteri bersalin?


-Simpan sini sebagai pengetahuan-

Ramai dikalangan mereka yang berilmu dari alim ulama dan juga dari kalangan doktor sendiri telah memberi penerangan mengenai isu ini.


Suami Dayus bila doktor lelaki sambut isteri  bersalin?
Bab hukum, bukan semua orang boleh bercakap. Penerangan yang jelas diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus di SINI..

Hukum yang asal:
Perempuan itu berubat dengan perempuan. Lelaki berubat dengan lelaki. Ini kerana masalah aurat, sama perempuan walaupun aurat haram melihat tapi lebih berat jika berlainan jantina. 

Jadi, kita nak beranak, isteri mesti beranak dengan doktor perempuan tetapi tidak ada doktor perempuan, yang ada doktor lelaki, sedangkan beranak itu kritikal yang berkait dua nyawa (nyawa ibu dan anak dalam kandungan). Maka, oleh kerana takde doktor perempuan, maka tidak berdosa. Hukumnya harus sebab takde pilihan.

Buat apa kamu kata dayus pulak..?
Yang haram begini: Ada doktor perempuan tak nak, nak jugak doktor lelaki selak kain bini aku = itu baru haram.

=====================================================================


Reaksi Mufti Perlis: Dr. Maza pula di SINI..
Kalau kata lelaki tak boleh, apa hukum lelaki yang pergi belajar dalam bidang ni.
Adakah nak kata haram lelaki pergi belajar ilmu tu?
Tak bolehlah, itu perubatan.

Seseorang itu mesti ada ilmu bila bercakap.
Sebagai contoh: Sekiranya orang itu pakar dalam bidang elektrikal tapi dia tak tahu mengenai bidang perubatan, dia tak boleh bercakap tentang perubatan.

Boleh dia nak bercakap tapi bila nak bercakap, kena hati-hati sikitlah. Semangat tu ok.. tapi 'study' sikit. Di Malaysia ni macam-macam, dia tak payah belajar apa-apa ilmu, pun ada. 

Sindiran sinis:
Itu telan ubat tak hancurlah tu.

=======================================================================


'Kalau macam tu suruh jelah suami dia yang sambut, tak pun suruh jelah dia masukkan balik baby tu ke dalam. Tak pun suruhlah dia tahan sakit dulu, sementara saya call mana-mana hospital yang ada doktor perempuan'.
-sumber socmed-

Kemudian, terjumpa pula salah satu komen menarik loghat Negeri Sembilan di SINI.. menarik perhatian aku.

#RemajaPurba: ...

3 comments:

  1. Kena ramai2lah orang perempuan jadi doktor bersalin

    ReplyDelete
  2. Tq atas sharing semua tu. Kecoh bab ni lately kan.

    ReplyDelete
  3. bukan senang jadi doktor pakar sakit perempuan ni... dan berapa ramai pula suami yang rela isteri siang malam fikirkan nyawa orang lain lebih dari anak dan suami sendiri

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...