Followers Remaja Purba

Monday, November 21, 2022

Jadual Perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 (FIFA World Cup)




Sehebat mana sekalipun Piala Dunia FIFA yang diadakan setiap empat tahun sekali, tak pernah walau sekali aku update sebegini. 

Jadual Perlawanan boleh je tanya en. google di SINI..

  • Saingan bermula secara round robin di peringkat kumpulan (satu perlawanan dengan setiap pasukan) dari 20 November hingga 02 Disember 2022. Qatar vs Ecuador menjadi pasukan pertama yang bermain pada 20 November 2022 di Stadium Al Bayt.
  • Pasukan Juara dan Naib Juara setiap kumpulan layak ke peringkat kalah mati (Round of 16).
  • Hanya 16 pasukan sahaja yang layak ke pusingan kalah mati pada 03 hingga 06 Disember 2022.
  • Lapan pasukan yang menang dalam pusingan kalah mati akan ke suku akhir (quarter-finals) pada 09 dan 10 Disember 2022.
  • Pemenang seterusnya akan mara ke separuh akhir (semi-finals) pada 13 dan 14 Disember 2022.
  • Dua pasukan yang tewas pada peringkat separuh akhir akan merebut tempat ketiga (3rd place) perlawanan pada 17 Disember 2022 di Khalifa International Stadium.
  • Dua pasukan yang menang di peringkat separuh akhir akan mara ke perlawanan akhir yang akan diadakan pada 18 Disember 2022 (Ahad) - 18:00 di Lusail Stadium.

Rest Days:
7 - 8 Disember 2022 sebelum Quarter-Finals.
11 - 12 Disember 2022 sebelum Semi-Finals.
15 - 16 Disember 2022 sebelum 3rd Place & Final.

============================================================


Sedikit info bagi Kejohanan Piala Dunia FIFA 2022 (FIFA World Cup) Edisi ke-21.

Negara Tuan Rumah: QATAR
Venue: Lapan stadium di lima buah bandar iaitu Lusail, Al Khor, Doha, Al Rayyan dan Al Wakrah.
Jumlah penyertaan pasukan: 32 pasukan dari negara yang layak bertanding.
Majlis perasmian diadakan di Stadium Al Bayt yang mempunyai kapasiti 60,000 pada 20 November 2022 (1730 - waktu tempatan).

Persembahan pembukaan adalah yang paling dinantikan oleh semua. Perhatian utama sudah tentu kelibat salah seorang ahli kumpulan BTS, Jungkook (JK) yang mempersembahkan lagu bertajuk 'Dreamers' pada majlis tersebut. Selain JK, majlis perasmian akan turut menyaksikan persembahan J Balvin, Robbie Williams, Jason Derulo, Clean Bandit, Sean Paul, Nora Fatehi, Black Eyed Peas, Nicki Minaj, Maluma dan Myriam Fares.


Music from FIFA World Cup Qatar 2022
Arhbo featuring Ozuna & GIMS | FIFA World Cup QATAR 2022™ Official Sountrack di SINI.. dan 정국 Jung Kook (of BTS) featuring Fahad Al Kubaisi - Dreamers | FIFA World Cup 2022 Soundtrack di SINI..


===============================================================

Pasukan pilihan MakBudak: Aku sokong pasukan mana yang menang.

Kenapa..?
Aku tak ingat edisi ke berapa yang mana beberapa pasukan gergasi kalah dan pulang awal. Waktu itu setiap pasukan yang aku pilih, pasti akan kalah dan disebabkan itu anak-anak tak nak bagi aku sokong pasukan yang dorang suka, 'kalau ibu sokong mesti team tu kalah'. Betul-betul kalah pasukan tu.. hahaha..

Edisi kali ini, siapa menang aku sokong dan harapnya penjaga gol (tak kisah pasukan mana pun) dan pengadil perlawanan memenuhi kriteria mataku ini. Kalah takpe, janji aku suka.

#RemajaPurba: Sekadar minat bukan taksub.

1 comment:

m.u.l.a.n said...

Terasa yg sama, kalau mummy ni sokong mesti kalah aisshhh :)

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...