Followers Remaja Purba

Sunday, November 20, 2022

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) - (Hati-hati Memilih Pemimpin)


Professor Diraja Ungku Aziz
(Hati-hati Memilih Pemimpin)

Pucuk angkuh memanjat bukit,
Tak sedar akar terendam di parit,
Rakyat mengeluh lelah dan sakit,
Sedikit diberi banyak diungkit.
 Pucuknya angkuh memanjat bukit,
Tak sedar akar di air parit,
Bagaikan melepas anjing tersepit,
Dah jadi pemimpin rakyat digigit.

-Sumber socmed-


19 November 2022 (Sabtu)
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini menyaksikan saingan dari enam penjuru di tempat aku mengundi. Jujurnya aku tak tahu siapa calon-calonnya kerana fokus aku lebih kepada dak Kakak (ada kisahnya di bahagian bawah dalam entry ini).

Pagi:
Tempat mengundi..?
Kena jalan kaki sikit je, kedudukan pusat mengundi bersebelahan dengan rumah myMIL. Berpeluh jugalah sebab pintu masuknya di sebelah barat, pintu masuk rumah myMIL di sebelah selatan. Syukur, saluran aku, mereka yang beratur tak panjang mana, terasa macam berada di fast lane pulak. Awalnya aku tengok, 'Mak aii.. boleh tahan panjangnya'. tapi sebenarnya barisan sebelah-menyebelah barisan aku yang lebih panjang. 

Selepas 'belajar memangkah X'.
Sebelum makan, basuh tangan.

Terasa geli bila teringat bekas dakwat tersebut dicelup oleh semua mereka yang masuk mengundi. Bilalah agaknya kesan celupan ini nak hilang? Nak pandang jari sendiri pun, rasa tak ghairah. Inikan pula jari orang lain.

====================================================================

18 November 2022 (Jumaat)
Kerajaan Negeri Selangor telah mengisytiharkan cuti umum pada 18 November 2022 bagi memudahkan urusan para pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.


Kisah dak Kakak:
Sempena PRU15 dan cuti semester, dak Kakak balik sendiri dengan menaiki bas bersama dengan kawan-kawannya. Kali pertama menaiki bas dan kali pertama kesemuanya tertinggal bas hingga terpaksa membuat pembelian baru di kaunter. Syukur Alhamdulillah ada tiket untuk mereka. 

'Jadikan ia sebagai pengajaran dan pengalaman berharga'.

Juga syukur kepadaNYA, kami minta dak Kakak belajar balik sendiri bukannya kami ke sana. Jalan sesak teruk dek ramai yang pulang ke kampung halaman untuk mengundi. 


#RemajaPurba: ...

Jangan ada dua perkara dalam hidup ini:
  • Risaukan atau terlebih risau perkara yang tidak berlaku lagi.
  • Jangan menyesal dengan perkara yang sudah berlaku.
InsyaAllah hidup akan jadi lebih tenang.

1 comment:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...