Followers Remaja Purba

Tuesday, November 8, 2022

Kejadian di Renal Park, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan


Kali terakhir aku berkhemah pada tahun 2014 di Teratak Riverview Tanjung Malim, Perak di SINI. Selepas tu, 'khemah' tu hanya berkhemah dalam bilik tidur dak Adik.


Tarikh: 29 hingga 30 Oktober 2022
Tempat: Renal Park, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan

(Maklumat mengenai tempat dan harga boleh rujuk di FB deme dan juga di SINI.

Tempatnya biasa, tak mewah dan sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan. Aku suka tempat yang bukan menjadi tumpuan orang. 'Lagi jauh ke dalam hutan, lagi aku suka''Seorang Introvert susah nak berada di dalam kelompok Extrovert'

Ini hanyalah satu percutian singkat bersama family di SINI..

Pertama kali di sini.

Kg. Renal

200 meter di hadapan

29 Oktober 2022 (Sabtu)

Tengahari..
Kami ambil keputusan untuk memasang khemah terlebih dahulu tetapi kejadian yang tak disangka khemah yang kami bawa tu tak cukup sifatnya. Ia berpunca dari kawan en. Hubby yang meminjamnya tetapi tak lengkap isi dalamnya. Awalnya memang marah tapi masing-masing dah lapar + hujan dah mula turun, siap jugalah khemahnya dan kami makan di dalam khemah yang tak cukup sifat dengan bertutupkan kanvas (diberikan oleh tuan tanah) kepada kami.

Nasi + kari daging = sedap.
Alhamdulillah.. kenyang.. kemudian sambung kembali kerja yang terbengkalai tadi.

Apa jadi dengan khemah itu..? 'Stor sementara kami..'

Selesai tiga buah khemah, mai pula lagi dua buah khemah. Ok, kejadian yang ini memang kelakar pada kami yang bukan kaki camping sehinggakan abang yang berkhemah berhampiran kami turut membantu memasang khemah tersebut. Masing-masing tiada pengalaman.. ok, zaman dah berubah.. 'Itulah kau, tahu main mahjong je..' 

di SINI..
Bila bapak budak pasang khemah.

Siapa yang tak suka air kan..

Malam..
Aktiviti biasa selain chit chat..


30 Oktober 2022 (Ahad)

Awal pagi:
Hujan mula turun, satu lagi masalah yang mana salah satu khemah bergenang dengan air. Terasa diri seperti mangsa banjir. Tak lena tidur dibuatnya, masa ni tawakkal jelah. Kalau makin lebat, memang ku pindahkan barang masuk ke dalam kereta.

En. Hubby pula kebasahan, gara-gara 'bumbung' yang dipasang untuk aktiviti santai di luar khemah 'runtuh'. Tidur dalam kereta sudahnya.

Bangun pagi, seluarku basah  sedikit. Syukur hanya aku, tidak dak Nuha mahupun barang-barang yang berada di dalam khemah kami. Nasib baik juga hari ni hari kami check out, tak sanggup aku nak berada di dalam khemah yang uzur teruk ni.

Sementara anak-anak leka bermain di dalam sungai, kami pulak sibuk 'memasak' untuk hidangan semua. Kemudian aku dan en. Hubby berjalan di sekitar kawasan. Agak luas sebenarnya.

Kawasan memancing yang agak luas buat kaki pancing.

Bunyi air yang menenangkan..
Sedikit kenangan di SINI..


Mereka yang lain mengikuti aktiviti lasak ATV, aku pula membantu en. Hubby membuka dan mengemas khemah-khemah kami. Tiga buah khemah 'selamat' kami masukkan ke dalam plastik hitam. Geram aku dengan orang yang pinjam tu.

'Ok, kita beli yang baru je nanti'.
'Jangan pulak nanti p bagi lagi kawan pinjam'.
Adik ipar seorang ni, 'Kita beli yang boleh bukak sendiri, senang.. Lempar terus tadaaaa.. dah jadi bentuk khemah.


Petang:
Dalam perjalanan balik, merasalah juga melalui laluan Jalan Temiang-Pantai yang viral tu. Subhanallah.. cantik sungguh sepanjang perjalanan. Semalamnya laluan tersebut ditutup sebab ada event di situ. 

'Kita patah balik nak?' Semata-mata nak menikmati pemandangan sepanjang jalan.
'Oh!Takpelah abang, kita terus je balik, lapar ni'.


Malam:
Rasa macam nak demam dek dah lama tak buat aktiviti macam ni tapi apa-apa pun aku enjoy. Kalau aku join aktiviti night walk dengan ATV, mahu kejung semalaman badan aku. Sekarang en. Hubby dah mula survey khemah apa yang sesuai dan tempat mana yang menarik untuk aktiviti seterusnya. Aku..? Layankan aje..

=======================================================================

Satu kejadian di Jalan Temiang-Pantai:
Sebelum ni banyak kisah disebalik viralnya Jalan 'New Zealand' tu. Kali ni berlaku dengan mata sendiri. Ada dua orang ni nak bergambar di tengah jalan. Nasib kau baik brother, kereta depan aku ni bawak tak laju waktu turun bukit. Kira sempatlah brek.. Ada ke nak bergambar di tengah-tengah jalan tu. Gila..!

Namum, sepanjang jalan tu ada je yang berhenti di tepi. Aku...? Cukuplah dalam kereta je, gambar gegar pun, gegarlah. Janji ada kenangan lalu di jalan tersebut.

#StatusHati: Siap juga entry ni..

No comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...