Followers Remaja Purba

Tuesday, November 8, 2022

Renal Park, Ulu Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan


Tempatnya biasa, tak mewah dan sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan. Berkongsi sedikit kenangan di Renal Park di SINI.

Kawasan Renal Park ini berkonsepkan kebun (ada pokok buah-buahan, ayam, itik, burung di dalamnya) Aku geram dengan itik yang terkedek-kedek tu, rasa nak tangkap buat salai.

Kemudahan asas yang disediakan lengkap + bersih: 
Bilik air/tempat mandi
Sinki + sabun basuh pinggan
Lampu extra untuk digunakan pada waktu malam, tambah lagi kalau nak ke bilik air sebab dekat sini menggunakan tenaga solar dan sumber air bukit.

Di Renal Park ini juga sangat sesuai bagi mereka yang inginkan aktiviti lasak kerana di sini turut menyediakan:
Night walking
ATV
Memanah
Memancing
Ada juga kuda, ayam, itik dan buah-buahan (ini kalau kena musimnya)


SENARAI HARGA SEPERTI DI BAWAH
Sedikit sorotan kenangan di SINI.. 


Tapak Perkhemahan:
RM 20.00 = Per Ten/Night
RM 50.00 = Ten Rental Per/Night
Caj tapak perkhemahan murah dan berbaloi serta diberi kebebasan untuk memilih nak pacak khemah di mana yang disukai tanpa mengira saiz khemah yang dibawa.

Aktiviti Memancing:
RM5.00 = per rod (menggunakan joran buluh)
RM10.00 = own rod
Pancinglah berapa lama pun selagi ikan tak makan umpan.

ATV juga disediakan (last time tak sempat sebab kami cuma bermalam untuk satu malam)
RM10.00 = Memanah (20 arrows)
Senarai harga seperti di dalam gambar tapi kalau nak lagi detail, boleh hubungi:

Boleh hubungi:
Nama: Puan Yana
Tel: 014-663 8985

#RemajaPurba: Hanya sedikit info yang boleh aku kongsikan..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...