Followers Remaja Purba

Sunday, November 20, 2022

Nak bagi cepat sejuk, kau buat 'mini love'

 
16 November 2022 (Rabu)

Keadaan di lebuhraya tak sesak dan terkawal.
Tiba-tiba sebuah myvi terus meluru masuk dari tepi aku. Spontan hon panjang aku berikan. Syukur aku sempat brek dan mengelak ke tepi divider, kalau kena, situ jugak boleh jadi punca pergaduhan. Jangan memain, orang bila berada di atas jalan raya ni, automatik dari seayu-ayu, semacho-macho manusia boleh jadi sebaliknya bila memandu. 


Dia blah gitu je.. Aku kejar lalu sebelah dia sambil bagi hon, dia buat tak tahu macam takde apa-apa yang berlaku. Aku yang memandu ni marah, akak yang ada sekali dengan aku pun turut hangin.

Aku..?
Ye.. aku marah tapi takdelah aku nak kejar dia sesungguh hati, hanya ku biarkan dia pergi. Lagi lama dia ada depan mata, lagi mencanak tahap adrenalin aku ni. Buat penat nak marah sedangkan si pelaku helok je pandu tak pandang kiri kanan.

=================================================================

17 November 2022 (Khamis)
Sekali lagi aku hampir kemalangan, tiba-tiba menukar lane masuk ke depan aku tanpa memberi signal. Bukan sebuah tapi dua buah sekaligus. Spontan ku bunyikan hon. Motor yang berada di depan aku hampir sahaja melanggar sisi kereta tersebut disebabkan 'blind spot'. Syukur juga tak jatuh. Kejadian berlaku bukan laluan 'straight' tapi di selekoh.

Bila aku dah berjaya melepasi salah sebuah kereta tersebut, dia pandang aku macam aku pula yang melakukan kesalahan. Aarrghhhhh... stress aku.. Lagi sebuah kereta? Laju ke depan. Itulah dia segelintir pemandu yang dah buat silap tapi tak reti nak minta maaf. Bukan susah, kau angkat tangan mintak maaf, nak bagi lagi cepat sejuk, kau buat 'mini love'

Ok dah.. cukup.. Jangan rosakkan mood.
Memandangkan hari ni jalan sesak teruk (ramai orang dah mula bergerak nak balik kampung untuk mengundi), KFC menjadi pilihan untuk dinner bersama anak-anak. Alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit untuk deme.

Tapau - makan kat rumah.

'Ibu, laparlah.. takde menda boleh dimakan'.
'Ibu ada bawak balik apa-apa tak?'
Ini ayat biasa yang diajukan oleh dak Nuha. Biasa berlaku waktu aku sampai rumah lewat dari biasa.

Malamnya..
Alhamdulillah.. masa untuk berehat.

Esok, bersedia nak ambil dak Kakak dekat terminal bas di sini, sempena PRU15 dan cuti semesternya di SINI..

#RemajaPurba: Nikmati sebaiknya cuti rehat di hujung minggu.

1 comment:

  1. kfc. all time feveret :)

    tu la tu. diorang bila pegang stereng terus letak otak kat lutut, kan. karang kalau da eksiden, kita yg susah dek kebodohan dia, kan.
    bersabar aje la kan.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...