Followers Remaja Purba

Monday, August 24, 2020

Allahuakbar.. Kenapa ni Oyen..??


DAY 158 (22 Ogos 2020 - Sabtu)
Dari minggu lepas aku teringin nak makan nasi Arab dan petang tadi baru merasainya. Walau hanya nasi Arab bajet tapi bolehlah dari tiada langsung. Alhamdulillah.. syukur..

Hari ni kawan sekolah dak Kakak datang ke rumah untuk berbincang mengenai kerja khusus yang perlu dibuat secara berkumpulan. Untuk hidangan deme, aku cuma sediakan spaghetti carbonara. Hidangan ringkas je memandangkan aku tak masak untuk makan tengahari.

Malam, berehat sambil menonton filem Tamil. Ok, yang ini ada masa nanti aku kongsikan filem yang menarik perhatian aku.


DAY 159 (23 Ogos 2020 - Ahad)
Makan tengahari di rumah mertua.
Menu: Kari ikan jenahak
Chef: en. Hubby
Pembantu: Anak-anak
Aku: Kali ni aku rehat santai tanpa peduli apa yang berlaku di dapur.

Balik dari rumah mertua, dak Nuha sibuk mencari si Oyen.
'Mana Oyen..? Cakap.. mana Oyen?' dia dok sibuk bertanya pada seekor kucing jantan ni.

Anak-anak gelarkan kucing tu sebagai abang long kawasan. Garang tak bertempat, dengan Oyen kemain kau ye, bila dengan aku mengiow mengalahkan kucing Parsi lagaknya. Kalau dengan si Oyen sampai tercabut bulu dan cedera dibuatnya. Itu yang buat si Oyen tak nak keluar bila kucing jantan tu tunggu depan pintu rumah. Sanggup ia makan + tidur makan + tidur dari keluar menghirup udara segar.

Malam tadi waktu si Oyen balik
Allahuakbar.. Kenapa ni Oyen..??

Awalnya aku memang sengaja merakam gambar bagaimana si Oyen cuba masuk ke dalam rumah ketika sliding door ditutup rapat. Bila dia berjaya masuk.. bukan si Oyen yang terkejut, aku yang terkejut tengok keadaan dirinya dalam keadaan mata sepet sebelah + badan pula kotor berbau.. 😲 Takde nak belek apa dah, terus aku masukkan dalam bilik air mintak dak Kakak mandikan.

Kenapa lepaskan..?
Pagi tu aku balik ke rumah mertua tapi bila kami sampai di rumah, tak nampak langsung kelibat si Oyen. Puaslah dak Nuha memanggil + mencari. Biasanya nampak je kereta kami, berkejaran ia menunggu di depan rumah. Pelik juga ia takde tapi bersangka baik, ia nak keluar menghirup udara segarlah tu sebab asyik makan + tidur makan + tidur je dalam rumah.

Biasanya memang macam tu, kami tak bawa sekali sebab sejak dulu dah biasa ia lepas bebas tak kena kurung. Kalau aku balik kampung, aku minta jiran sebelah rumah untuk bagi ia makan. Hailaa Oyen, nampaknya kena cari alternatif macam mana nak buat bila kami takde di rumah lepas ni.

#KisahKita: Nampaknya kena cuti bawa ia ke kliniklah jawabnya.

4 comments:

  1. Kucing jantan dominan memang ada kawasan jajahan masing2

    ReplyDelete
  2. Pandai pulak tu tolak sliding door sendiri..
    Kucing kalau "oyen" memang perangai macam2 la..
    hahaha

    ReplyDelete
  3. betul kucin kalau tak pernah kena tinggal tiba tiba perangaii dorang terus berubah trauma kot . saya tinggalkan kucing saya sehari setengah je terus smpai sekarang kalau balik rumah panggil kuat kuat , kalau dulu tak pernah pula . sedih rasanya

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...