Followers Remaja Purba

Monday, January 13, 2020

Kau Tanggunglah Sendiri..!


Apa yang dah berlaku..?
Aku terkejut bila melihat anak-anak terdiam dan terpaku dengan tindakan kau itu.. 😟 Kenapa kau lakukan seperti itu? Kalau mereka salah sekalipun bukan itu caranya. Takkan kau boleh terpengaruh dengan drama yang dipaparkan di kaca tv hingga nak mencubanya di dunia realiti ni? 

BENCI.. 🙍‍♀️
Apa yang kau lakukan di hadapan anak-anak ia mampu menghantui fikiran dan boleh merubah perasaan anak-anak terhadap diri kau itu.

Mereka tu dahlah kekurangan kasih sayang dari kau. Kenapa kau tak cuba tambat hati mereka. Mahal sangat ke harga kasih sayang kau itu? Tak rugi pun runtuhkan sikit ego kau yang mendongak langit tu, malah ia boleh mencipta suasana yang harmoni dalam rumahtangga yang kau bina.

Percayalah..
Pasti sukar untuk kau meraih kembali perhatian mereka setelah apa yang dah kau buat.. 😣

Sekarang.. 😏
Kau tanggunglah sendiri..!
Aku hanya mampu tersenyum sinis..

Kisah di atas hanyalah perkongsian dari seorang kawan.




#KisahKita: Mudah-mudahan ada kebaikan..

6 comments:

Anum said...

be strong

norhidana said...

biasalah tu kak, kadang manusia ni ada ego, lagi lah dengan ahli keluarga pun tak boleh nk tolak ansur memang payah

Farhana Jafri said...

sedih kalau parents jenis tak bagi perhatian dekat anak-anak. Mungkin sekarang diorang diam, bila dah besar nanti nampak kesannya

Carlos Santiago said...

keep calm dude

Umi Nazrah said...

Allahu, perkongsian ni sangat menjentik hati saya T_T

A m m i said...

ammi pun ada kenal dengan parents (kenalan ammi sendiri) yang memang tak ambil peduli pasal anak. anak ditinggalkan kat rumah nenek dan mak bapak ni berdua-duaan dirumah.

anak-anak tu jadi tak rapat dgn mak ayah sendiri...nak mintak duit beli buku pun dorang jadi takut.

tp dia punya pompang-pompang dalam FB bukan main lagi.."mama doakan anak mama berjaya jawab peperiksaan"...tp sehari pun ko tak duduk belek buku anak. huhhh

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...