Followers Remaja Purba

Thursday, January 23, 2020

Anonymous yang.. 😉


'Ibu.. kenapa tangan dia ada parit ibu?'
'Bukan parit.. tu parut'. 😄

'Ibu, dekat luar hujan titik-titik ibu'.
'Itu bukan titik-titik tapi rintik-rintik'..

Teringat kisah dak Adik dulu..
'Ibu, sakit otaklah ibu'. Sambil memegang kepala dia.
'Itu bukan sakit otak tapi sakit kepala'.


Sebenarnya, apa yang aku tekankan di sini, bukanlah kisah di atas tapi teringat satu komen dalam satu entry bertahun dulu, seorang anonymous.. Aku tak tahu kenapa dia seperti tidak puas dengan entry aku ketika itu. Alah.. bukan apa pun, sekadar gambar dak Nuha. Takde caption dan biasa-biasa je.

Walau pada pandangan mata kau entry aku tidak bermanfaat untuk orang tapi terima kasih sebab singgah di blog aku. Terpulanglah apa yang anonymous tu nak cakap.

Kalau ada acik anonymous tak puas hati dengan isi entry aku, mai pm tepi, luahkan apa yang kau tak puas hati tu. Sekurang-kurangnya mungkin boleh dibuat penambahbaikan dalam blog aku.

#KisahKita: Aku sekadar meluah rasa..

8 comments:

Umi Nazrah said...

manusia memang takkan pernah puas hati dengan orang lain. kalau kita fikirkan masalah dema tu, sampai ke gila kita boleh dibuatnya T_T

Anum said...

kan kan

norhidana said...

dahla kaki sekodeng penakut lak, komen tak reti guna nama sendiri... heheheh

uncle gedek said...

OK, sakit otak tu tak boleh belah! hahaha

Ciktie said...

Tak tau nak komen apa sebenarnya

Kakcik Seroja said...

Hehehe...macam-macam... :)

adianiez AIDA said...

anon ni memang gitu, ciknor.
aida takkan publish comment anon yg negatif.
sebab tak nak aura negatif kat blog.

Siti Yang Menaip said...

anon memang buat semak jew.. pernah gak dpt dr anon tp dia tulis nama dia dibawah komen sbb dia xde account google. cemtu bagus.
yang sepi2 acah2 ni buat x layan je..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...