Followers Remaja Purba

Tuesday, August 6, 2019

Kuih Buah Melaka dan Puteri Mandi


Bukan aku tapi adik aku yang membuatnya..

Kuih Buah Melaka

Hari Sabtu lepas, adik aku bersama anak-anak aku sibuk di dapur menyediakan kuih Buah Melaka ini. Dak Kakak request nak kuih warna merah, tak nak warna hijau seperti kebiasaannya.

TAPI..
Bila dah siap, aku terkebil-kebil nak menghabiskannya disebabkan gula Melakanya tak sedap. Kedai tu jual stock lama ke hape? Tapi disebabkan adik aku dah bersusah-payah membuatkannya, maka habis jugaklah kami makan.. 🤣🤣


Kuih Puteri Mandi

Kuih Puteri Mandi ini menggamit kenangan zaman #BudakPurba; mengingatkan aku kepada arwah Uwan. Dulu cukup suka membantu Uwan aku menggentel kuih tersebut dan bertambah teruja waktu nampak 'puteri mandi' tu naik ke permukaan air waktu memasaknya. Sedap + kenyal bila memakannya.

DAN..
Petang semalam, Adik aku membuat kuih Puteri Mandi ni sambil dibantu oleh dak Kakak dan juga ini kali pertama anak-anak aku merasainya.. 🤗🤗

StatusHati:😢😢😭😭

3 comments:

paridah said...

WOW SEDAPNYA

insan marhaen said...

tak teruja pulak bila nampak buah melaka warna merah. kena warna hijau jugak...hehe

adianiez AIDA said...

gula melaka kena sedap.
baru syok makan onde2 ni, aizamia.
meleleh jer gula melaka nyer. wow! terbaik...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...