Followers Remaja Purba

Friday, August 9, 2019

Siapa Tak Suka Balik Kampung?


Kisah dua minggu lepas..

Keseronokan balik kampung memang tak dinafikan. Siapa tak suka balik kampung? Tenang + takde stress + jauh dari kesibukan kota walau hakikatnya di kampung tak kurang hebatnya.

Anak-anak pun turut teruja bila dapat balik kampung. Bebas + puas dapat bermain tanpa halangan dan tiada batasan berbanding di rumah sendiri yang sekangkang kera tu.

Ternakan itik ini menjadi salah satu sumber pendapatan.

Dak Nuha yang nampak macam berani kononnya..

Rendang Itik menjadi salah satu menu wajib ketika hari raya dan bertambah wajib bila disejukbekukan untuk aku bawa balik rumah. 

Gagah tak anak bujang aku.. dak Adik..

Hasil dari tuaian dari kebun
Inilah kepuasan sebenar bila dapat menikmati dengan percuma.. hahaha..

 Ini pokok 'Tulip'
Anak aku bukan kenal pun pokok bunga Kantan macam mana rupanya..

Aktiviti sampingan
Membeli + belah menjadi kesukaan aku, makin bertambah berat badan dibuatnya..

Coconut Shake versi adik aku

 Siapa tahu ni buah apa..?
Aku suka.. kecur liur dibuatnya.


Walau panas tetap tak menghalang dak Nuha untuk bermain sakan.
Hitam pun hitamlah janji puas..


Banyak aktiviti anak-anak tapi disebabkan aku belum ada masa nak edit gambar yang menarik untuk dikongsi di sini maka inilah ajelah yang ada..

StatusHati: Aku #BudakKampung..

2 comments:

Suria Amanda said...

Betul...balik kampung memang seronok...

adianiez AIDA said...

syok la kampung original.
umah mak dan mak mertua aida kampung versi moden.
takde ternakan.
takde pokok :)
tapi takpe, janji org tua masih ada. alhamdulillah...

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...