Followers Remaja Purba

Sunday, January 14, 2018

Kemain Gah Namanya TAPI.


Kisah tengah malam tadi:
Mesin pengering yang digunakan kemain gah namanya.. elok berputar berpusing tapi APA KES keringkan baju dekat kedai dobi tu satu hape pun tak kering..??

Eh!Kalau tak kerana kawasan tempat tinggal aku dilanda salji cair, memang tak pandang aku dengan kedai kau tu. Dahlah sikit punya jauh dari rumah aku.. pukul 1am macam ni patutnya aku dah panjat katil.. ni masih lagi terkebil-kebil kena sidai semula dekat ampaian.
#BuatPerabihDuitJe
#DahlahMinyakMahal
#NasibBaikTakLaluTol


Bukan sedikit masa yang aku bazirkan. Dahlah en. Hubby kepenatan balik kerja kena pulak temankan aku pergi keringkan baju. Bukan takde kedai dobi berdekatan rumah tapi full house. Penuh.. ramai orang dan berbakul-bakul menunggu nak guna mesin.


Kenapa tak pergi esok je?
Berkebetulan kereta aku digunakan oleh en. Hubby, itu yang tersadai di rumah tak boleh nak keluar.. cuma tak sangka jadi macam tu. Arrgghhhh.. dah penat + mengantuk kena pulak buat kerja dua kali. Mahu tak hangin jadinya.


Tapi satu komen ni buat aku cool sekejap..
Mesin tak diselenggara, bila filter dia dah penuh, air circulation tak berlaku, mesin tak panas.
Takder nombor telefon? patut terus report kat nombor tertera, pernah berlaku juga kat saya, kemudian tukang jaga datang untuk buat selenggara.


Masa kejadian tu aku tak terfikir nak ambil nombor telefon dan call sebab dah dalam keadaan letih + tak larat. Patutlah ada yang tambah duit dalam mesin pengering tu tadi. Alahai.. kenapalah aku lurus tak check mesin tu tadi waktu ia tengah berpusing (sebab bila guna di kedai lain tak pernah jadi macam tu).. kecewa rasanya.


StatusHati: #PangkahTerusKedaiDobiTu



4 comments:

  1. Musim2 hujan dan sejuk begini memang kedai dobi full house semuanya.

    ReplyDelete
  2. Buat aduan kat no tel tu cepat2 sekarang ni cuaca kurang panas mmg mesin pengering sangat diperlukan kan..

    ReplyDelete
  3. Sabar kak. Tapi kalau GV pun akan pangkah terus kedai dobi tu. Huhu.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...