Followers Remaja Purba

Thursday, January 25, 2018

Terlibat dalam Kemalangan di 13.4km


Kisah pada 23 Januari 2018 (Selasa)

Aku accident?!
Kejadian berlaku ketika aku dalam perjalanan balik kerja petang kelmarin di lorong paling kanan pulak tu. Tak sedarkan diri, bila sedar aku dah ada skuad penyelamat di keliling kereta aku.

Takut dan menggigil bila aku tersedar. Nak menangis dan takut waktu itu tapi bila salah seorang dari mereka mengatakan dah call en. Hubby, lega sekejap aku rasa. Aku blur petang kejadian. Kemalangan berlaku di kawasan lain, aku cakap dekat en. Hubby dekat tempat lain.

Mereka yang tolong alihkan kenderaan dari fast lane ke lorong kiri memandangkan aku tiada daya untuk berbuat demikian. Hampir sejam di tepian highway masa tu menunggu en. Hubby dan skuad bantuan beliau tiba; dalam masa yang sama dua buah kereta Polis menemani. Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat aku dikeliling oleh mereka yang baik hati dan tiada kenderaan lain yang turut terlibat sama. CikPutih je cedera - body tepinya tercium divider, cermin belakang terpaksa dipecahkan kerana pintu kereta berkunci dan aku pengsan ketika itu.

Selesai urusan berkaitan, en. Hubby bawa aku ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkanNYA dan aku tak perlu menginap di hospital. 

Gambar di tempat kejadian..
Mereka ini yang menemani sehingga en. Hubby tiba di tempat kejadian.

Cermin belakang yang terpaksa dipecahkan oleh mereka

Keadaan kereta..

Kesan kecederaan cik Putih

En. Hubby bersama en. Polis bertugas..

Bertungkus-lumus menyelesaikan apa yang patut diselesaikan.

Apa-apapun terima kasih pada semua yang bertanya. Maaf ada yang tak sempat jawab. Masih dalan keadaan letih tak terucap.

La ni..
Alhamdulillah.. keadaan semakin baik dan en. Hubby masih risaukan aku tapi aku terpaksa meneruskan rutin harian seperti biasa. Berdoa moga tiada yang buruk berlaku ke atas diri aku lagi.

StatusHati: Semua orang masih risaukan diriku :(

9 comments:

  1. hati2 selalu..smoga semuanya selamat..

    ReplyDelete
  2. Maunya tak risau...risau la...kawan kan..

    ReplyDelete
  3. Hati-hatilah Ina. Jangan paksa diri, kakcik pun risau juga...

    Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Ina.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...semuanya selamat.

    ReplyDelete
  5. moga semuanya baik baik saja...kdg kdg kita dah hati2,tpi bak kata cikgu masa sekolah dulu..."malang tidak berbau"....moga akk cepat sembuh....dan pulih seperti biasa...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah semua nya selamat dan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  7. Allah kak, nsb takde apa, sampai akak pengsan.... nsb lah ada polis n org yg baik2 temankan... alhamdulillah msh ramai org malaysia yg baik2 keliling kita yg tak lokek membantu...

    moga akak trs berhati2.... akak rehat lah dulu kak klu tak sihat lg... dana pun risau keadaan akak...

    ReplyDelete
  8. Seram plak bila baca tp alhamdulillah aiza selamat x cedera teruk..cuma nak tahu jgk la apa punca nya..hati2 ye memandu dan baca doa naik kenderaan supaya allah lindungi sepanjang perjalanan

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...