Followers Remaja Purba

Monday, March 27, 2017

Hilang terus dari Radar


Hari Isnin..
Minggu terakhir dalam bulan Mac..

Hari Isnin..
Hari pertama persekolahan selepas cuti seminggu..
Moga rutin harian berjalan dengan baik hendakNYA.
Moga dipermudahkanNYA..
Moga tiada masalah melanda..

Buat dirimu..
Terjunlah bersama labu kesayangan kau itu..
Aku tak nak pandang apatah lagi meratap pilu..
Hilang terus dari radar pun aku tak nak ambil tahu..


StatusHati: Sometimes to move forward.. u have to let it go..


Friday, March 24, 2017

Sepandai-pandai Tupai melompat.. akhirnya..



Sepandai-pandai Tupai melompat.. akhirnya..


Bukan tak cuba untuk menyelamatkan tapi masa nampak kejadian ni pun si tupai dah nyawa-nyawa tupai.

Si Hitam yang menunggu ni pun bukan nak 'merasa' pun si tupai tu..
Tapi lebih kepada 'diajak'nya untuk bersenda-gurau..
Dikuis-kuisnya si tupai tu..
Alahai hitam.. hitam..
Sungguh sadis cara kematian si tupai tersebut..


StatusHati: Pergilah kau.. pergi jauh dari sisi..



Thursday, March 23, 2017

Huh! Pilihan Penonton..?


Pelakon terbaik masih menjadi milik kau rupanya..
Sebaik mana lakonan aku, kau jugak tetap menjadi pilihan 'penonton'..
Ambillah.. dakaplah.. piala kemenangan yang kau dapat tu..
Kau memang berhak dapat sebab mata hati mereka yang 'menonton' persembahan kau tu dah BUTA.. dibutakan dek sikap kau yang perasan 'terbaik' tu..!!



Sayang..
Orang yang aku harap turut bersekongkol..
Mengapi-apikan keadaan..
Menambah rencah diperjalanan..

Pergilah kau jauh-jauh..
Biar angin lalu menyapu bersih jauh dari aku..
Syuhhhh... pergi kau dari sini..



StatusHati: Aku takkan buat andai tiada yang memulakan..



Wednesday, March 22, 2017

#MakBudak dan #CutiSekolah


Bila nak bergambar mesti kekurangan ahli. Dak Adik mesti takde gambar dia.. paling susah nak bergambar walau dipujuk. Dak Nuha usah ditanya.. pantang camera dihalakan ke wajahnya. Pelbagai posisi dia boleh buat.

Tapi..
Ada masa datang hanginnya, pujuk pun tak jalan macam dalam gambar ni..


Kisah Hari Sabtu lepas..

Usah ditanya kisah di sebalik gambar tersebut..

Dia rimas sebenarnya merengek nak tanggalkan baju yang dipakainya.
Habis je bergambar terbang baju yang dipakainya..


#MakBudak kenalah maintain cun bila bergambar..


Kisah Hari Ahad lepas..

Usah ditanya apa yang berlaku disebalik gambar tersebut..

Dak Adik je takde dalam gambar ni..


Hujan turun dengan lebat macam tahu-tahu je mood aku tengah rosak.


Dengan turunnya hujan ni sekurang-kurangnya aku takdelah layan sangat rasa hati ni dengan melihat titisan hujan yang turun..


Kisah Hari Isnin lepas..

Makan tengahari di Menara Bank Rakyat, Bangsar
Kedai makan No. 10.. sepupu en. Hubby..



Kisah Semalam:

Aku sambung sehari lagi cuti rehat..
Ni bukan sebab penat ada kenduri di kampung tapi memang sengaja nak bercuti. Berehat di rumah bersama anak-anak. Tahap kemalasan melampau di mana baju pun aku hantar dobi, makan tengahari di kedai makan. Sengaja bawa anak-anak keluar 'cuci mata' melihat kawasan sekitar. Nak harapkan Babah dorang, eemm.. susah nak dapat cuti..


Kisah Hari ni..
Fisioterapi di Hospital berjalan seperti biasa..


StatusHati: Perasaan marah yang masih belum surut..


Wednesday, March 15, 2017

Farm In The City part 2


Sambungan dari SINI..


Ini dekat rumah Arnab..
Alahai.. comel-comel belaka rasa nak ambil bawak balik buat sate je.. 
kihkihkih.. Kejam sungguh statement ni..


Longkang Fish
Takut basah sebenarnya dorang ni, tu yang ala-ala sopan je tangkap ikan.
Dak Nuha kalau dibiarkan, mahu ter.. masuk dalam air tu..
Dorang main sekejap je, tak nampak rasa teruja dorang tu.


Fish Feeding

Masa bagi makan ikan dekat sini, dengan bekas makanan tu termasuk sekali dalam air tu..


Kes menangis minta dipujuk sebab aku sakat dia pasal bekas makanan yang jatuh dalam air tu..


Brown Wood Owl
Mata Burung Hantu ni cute sangat.. rasa nak peluk cium je ia..


Waktu kami bergambar tak nak pulak ia buka matanya tu..


Tak ingat nama haiwan ni..
'Tidur je.. nampak malas ya amat..' dak Kakak cakap..


Satu pusingan je terbang RM7.00
Budak-budak je boleh naik kuda ni dan ada had ketinggian juga..


Babah dia tolong dukung bila dak Nuha tengok orang lain dok bagi makan dekat haiwan ni.


Kemuncak acara..
Persembahan Burung KakakTua..
Part yang ni aku rasa mic yang digunakan patut ditukar baru..
Tak cukup jelas apa yang dia kata..
Cara persembahan dah ok tapi mic nya tak ok.
Pengurusan Farm In The City kena ambil maklum berkenaan ini aku rasa..


Pokok Gajus (Cashew Nut)


Fennec Fox..
Anak-anak dah mula bosan masa ni..

Meerkat.. nampak comel je..


Tak nampak ada yang nak ambil gambar dengan kereta pink ni..


'Kesian kuda tu ibu, kaki dia sakit..'
Masa ni kuda tu jalan terdengkot-dengkot..
Aku tak tengok sangat sebab tak tahan bau ehem ia..


Dah habis yang kat dalam.. yang ni dekat luar sebelum bergerak balik..

Sekali masuk RM5.00, mainlah dengan semua kucing yang ada dalam sangkar tu..
Dak Nuha tak sampai seminit dah menangis nak keluar.. takutkan kucing..


Last but not least..

#FarmInTheCityMalaysia
Gambar aku takde rupanya dekat sini..


Akhirnya selesai juga nak update Farm In The City ni..


StatusHati: Dak Nuha kembali tak sihat.. susah hati dibuatnya.


Tuesday, March 14, 2017

Kecemasan Pediatrik akhirnya


Anak-anak aku jarang demam teruk sebenarnya tapi bila sesekali kena, berubah 360° rutin harian aku. Lagi sibuk berbanding waktu anak-anak sihat. Baik dak Kakak, dak Adik atau dak Nuha memang mengikut perangai aku dan chef Hubby. Bila sakit melanda.. ibarat mesin dekat kilang berhenti tak boleh lakukan pengeluaran.

10 Mac 2017 (Jumaat - malam)
Walau tak sihat tapi nak ikut pergi pasang pelamin..


Pelamin untuk bertunang - anak member tempat kerja..


Waktu ni dak Nuha masih belum kebah lagi demamnya walau sebelum tu ada bawa berjumpa dengan doctor.. DAN bukan aku sengaja tak nak bawa ke hospital, berkebetulan hari berkenaan bukan setakat sibuk dengan pelamin, malah turut sibuk dengan penghantaran barang untuk catering pagi esoknya. Berharap sangat dak Nuha takde apa-apa masa ni.


11 Mac 2017 (Sabtu)

Kecemasan Pediatrik, PPUM


Selepas 4 hari masih tak kebah dari demam panas, Kecemasan Pediatrik, PPUM tempat dituju bagi mendapatkan rawatan. Doctor yang merawat memaklumkan perlu membuat ujian darah dan XRay ke atas dak Nuha kerana beliau takut ada jangkitan kuman pada paru-paru. Maka malam tersebut kami berkampung beberapa jam di situ menunggu keputusan darah dan XRay dak Nuha.


Tak cukup tidur.. tak cukup rehat.


Alhamdulillah.. bila result darah dan XRay dak Nuha keluar, doctor memaklumkan OK takde apa-apa cuma sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya masih takde perubahan maka perlu dibawa berjumpa dengan doctor semula.

Dan akhirnya..
Pukul 2am selamat sampai rumah.



Semalam.. 13 Mac 2017 (Isnin)

Dak Nuha semakin beransur sembuh.
Suhu badan pun dah kembali stabil cuma batuk masih belum pulih.
#MakBudak pun dah boleh tidur berdengkur semula.
Kalau tak.. tak dan berdengkur dah dikejutkan dengan rengekan dak Nuha.

Babah dia..?
Turut lega.. lena tanpa diganggu.
Kalau tak.. asyik kena paksa berjaga je..
Yelah.. mana aci aku sorang je yang tak cukup tidur.. wakakaka..


Sup Ikan dari Pengasuh dak Nuha..
Nanti satu hari aku akan cerita kisah pengasuh baru dak Nuha ni..



Hari ni dah hari ke-5 dak Nuha tak bersekolah. Di sekolah beliau pun ramai yang tak hadir ke sekolah disebabkan demam, batuk, selesema teruk. Moga semua anak-anak kita sihat dan dijauhkan dari sebarang penyakit.. Aamiin..



StatusHati: Ada majlis besar di kampung hujung minggu ni..



Wednesday, March 8, 2017

Nak ayat anak.. terayat mak..


Penggunaan telefon bimbit buat anak-anak.
Aku tak nak sentuh baik atau buruk kesan penggunaan telefon bimbit tu tapi sekadar nak berkongsi pengalaman yang ada.

Dikala kawan-kawan dak Kakak mempunyai nombor dan telefon sendiri tapi tidak bagi dak Kakak. Dak Kakak masih lagi menggunakan nombor telefon aku untuk berhubung dengan kawan-kawan beliau selain dari telefon rumah.

Mungkin pada sesetengah orang akan mengatakan yang aku kuno, ketinggalan zaman sebab menyekat penggunaan telefon bimbit tapi aku ada sebab yang tersendiri. Pada anak-anak kunyatakan begitu, begini, kenapa, mengapa aku tak izinkan.. DAN aku sendiri tahu potensi anak-anak dalam menggunapakai telefon bimbit.

Syarat dan peraturan yang aku tetapkan membuatkan anak-anak kena patuhi, lambat-laun dorang akan dapat juga kemudahan tersebut. Apa yang boleh aku katakan 'sabar, satu hari nanti baik Kakak, Adik dan Nuha pasti akan dapat..'

Aku takdelah sekat langsung penggunaannya, ada masa-masa tertentu dorang dapat juga guna.. takdelah strict sangat, budak-budak sekarang ni kuat memberontak.. lebih-lebih lagi andai dipengaruhi oleh kawan-kawan.. Nauzubillah.. jauhkanlah dari perkara yang tidak baik menjangkiti hati anak-anak aku.


Disebabkan ada dikalangan kawan-kawan dak Kakak mempunyai nombor telefon aku, jadi memang aku bagi ruang pada dak Kakak untuk menggunakan hanya sekiranya maklumat yang disalurkan penting tapi kalau sekadar nak berhu ha, memang automatik terus ku delete mesej yang ada. Kejam tak..? Kihkihkih..

Group whatsapps jangan ditanyalah.. ada beberapa group dak Kakak, nombor aku turut diselitkan. Mudah untuk memantau tapi ada juga yang jadi macam perbualan ni..



Pukul dua pagi masih online..??


Aku ni kurang berkenan bila penggunaan bahasa yang pada aku kurang sopan tapi kupujuk hati mungkin dia terkejut dan tak sangka yang dia 'salah ayat'. Nak ayat anak.. terayat mak gara-gara tak tahu nombor ni bukan kepunyaan anak aku. Lagi hebat lewat malam, awal pagi. Nak sangat berkenalan.. nah! acik bagi..


Baru-baru ni pun terkena juga..
Dalam cubaan seorang tenaga pengajar mewujudkan sebuah group whatsapps tanpa memaklumkan tujuan sebenar group tersebut. Hanya selepas pertanyaan dilontarkan barulah respond diberikan tapi geleng kepala aku melihatkan ayat yang digunakan. Sepatutnya sebagai tenaga pengajar, penggunaan tatabahasa itu sangat penting, kau kena faham, dalam group tu ada pelbagai ragam dan sikap. Andai tersilap ayat yang digunakan kemungkinan untuk salah seorang sentap tu sangat tinggi. Terangkan secara elok kenapa group tersebut diwujudkan, bukannya dengan ayat yang sekadar dipinggiran tu.



Dipendekkan cerita yang panjang lebar tu..
Sebenarnya.. hari ni aku tertinggal telefon bimbit di rumah.. kahkahkah..
Padan muka aku.. 
Mati akal seharian ni takde handphone.



StatusHati: Hilang rasa lapar hari ni..



Tuesday, March 7, 2017

Nak Kurus..?


Paling penting semangat kena kuat.
Nak kurus senang.. nak maintain tu yang payah.
Nak pulak kalau badan jenis berat senang naik tapi susah turun.
Kalau nak diet.. buat je.. pedulikan apa orang lain nak kata.

Ni baru sikit kena sindir.. kena usik dah give up!
Pedulikan.. anggap je tu virus yang cuba nak ganggu sistem pertahanan diri.
Buktikan yang kau boleh.

Lepas kau dah berjaya confirm mereka yang kutuk, perli, sindir tu tanya 'camane hang boleh kurus..' Confirm dorang tak boleh buat punyalah.. sebab kalau boleh dah tentu dorang join kau NAK KURUS.



'Kurus Slim River je tok tengok..'


Pernah mengadu pada Atok Muo yang berat dah naik sejak keluar hospital tu, setepek Atok Muo kenakan aku balik.. kehkehkeh..


Tapi.. Percayalah.. sebab aku  berjaya.
Dua tahun beb.. nak maintain bukan senang.. tu belum lagi dugaan bila mana peneman sepanjang hayat ajak makan waktu malam.. perghhh.. tak kuat semangat.. boleh mencanak naik balik berat badan tapi setakat ni Alhamdulillah.. masih beringat dan berjaga-jaga..

#Makan sikit tapi kerap..
#Minum air masak 3 - 4 liter sehari..
#Senaman jangan dilupakan.. (datang malas, atas katil jelah.. kihkihkih..)



StatusHati: Tengah cuba mencari rentak untuk kembali #PerasanSlim..


Monday, March 6, 2017

Kisah disebalik Farm In The City part 1


Macam mana aku dapat tiket percuma Farm In The City?

Kisah ni bermula pada 9 Disember 2016 yang lepas.
Mini Karnival Book2U yang diadakan di dalam bangunan tempat aku bekerja.
Antara aktiviti menarik yang diadakan.. anjuran bersama dengan pihak Farm In The City. Nak tiket free, kena join aktiviti yang ada. Apalagi masa tu cuba nasib.. DAN Alhamdulillah.. rezeki anak-anak.. berbaloi-baloi aku rasa.

Kalau bawa anak memang meriah tapi agak mengganggu tugasan hakiki..


Pemenang bergambar bersama Pengurus Farm In The City


TAPI.. kenapa nak tunggu sampai hampir tiga bulan baru nak pergi..?

Kisah yang INI penyebab utama selain dari chef Hubby tak dapat cuti. Hujung tahun biasalah banyak function yang perlu dihadiri oleh beliau masa tu.


AKHIRNYA..
Selepas menunggu hampir tiga bulan hingga dah nak expired tiket tu, barulah dapat direalisasikan. Pada anak-anak aku hanya bercerita ketika dalam perjalanan nak ke sana. Bila ditunjukkan pamplete yang ada, makin teruja anak-anak nak tengok keadaan sebenar di tempat tu.



19 Februari (Ahad)

Waktu kami sampai ni dalam pukul 10:30 pagi..
Sebelum ke sini, kami dah sarapan sesiap..



The World's Rarest Tortoises
Tak dapat tengok lama-lama sebab dak Kakak dengan dak Adik sibuk desak suruh aku cepat. Tak dan nak bergambar kenangan..


Ajak dak Nuha bergambar dengan kura-kura besar kat sini pun dia tak mahu.
Aku sorang jelah yang jadi budak-budak masa ni.. kihkihkih..


The Biggest Reticulated Python in Malaysia


Sikit punya besar yang dekat atas tu..


Aku tak takut cuma aku geli..
Masa menaip ni pun terasa geli macam ia tengah melingkar dekat bahu aku..


'Ibu.. meh tengok ni..'
Hailaa.. dak Adik saja tau.. dah tahu ibu geli lagi diajaknya tengok..


Nak salin maklumat memang takdan.. maka kita ambil gambar jelah ye..



Mulanya merak ni sombong..
Bila kami nak tinggalkan tempat tu barulah dikembangkan ekornya..



Dak Nuha pantang nampak camera..


'Tak cantik pun ekornya ibu..'
Merak ni dah tua agaknya, sebab tu bulu ada yang tak cantik..


Memandangkan sedari awal aku dah google apa yang menarik tempat ni, bila sampai di rumah burung ni, hanya burung yang kecil-kecil je aku benarkan anak-anak bagi makan. Bukan apa.. takut kalau tadah tangan yang datang jenis besar dan paruh tajam, mahu menangis dak Nuha.. silap-silap terus diajaknya balik. Jalan selamat tengok jelah..


Bab bagi makan dak Adik paling suka..


Comel kambing yang ada ni..


The World's Second Smallest Species of Kangaroo..
Jangan tanya mana Kangaroo nya..
Aku tak zoom pun celah mana ia berada..


'Dari inilah asalnya bantal kekabu yang dekat rumah kita tu..'


Vegetable & Fruits Farm
Geram je aku tengok sayur-sayuran yang ada.. rasa nak petik je..
Tengok dari atas je tak turun pun tapi anak-anak tak teruja nak tengok..



Kalau sesiapa perasan, keliling dalam Farm In The City tu di tanam dengan pelbagai pokok terutamanya pokok buah-buahan. Andai pokok-pokok tu berbuah pasti lagi happening tempat tu kan. Agak-agaknya berapa pulak bayaran dikenakan waktu musim buah-buahan kan..

Ada sikit lagi coretan, nanti aku sambung dalam entry akan datang..


StatusHati: Anak-anak gembira, aku dah tentu puas hati..


Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...