Followers Remaja Purba

Friday, December 8, 2017

Bukan koyak tapi pecah terus..!


Diam aku bukan bermakna aku terima..
Diam aku tanda kecewa..
#PerluTempohBertenang..
#NasikBaikBukanBetBaru..



Ayat penyata:
Bet ping pong retak ketika digunakan oleh seseorang di tempat kerja.


Ayat karangan:
Sewaktu kejadian, aku turut bermain bersama cuma ketika itu dan selepas kejadian, aku takde pulak nak belek bet ping pong tersebut. Masa main tu memang kuat bet tu terkena bucu meja dan aku tak pernah terfikir sebegitu teruk cederanya bet ping pong aku tu.

DAN..
Baru-baru ni, hati aku tergerak nak membeleknya. Maklumlah aku kan cuti panjang menjaga dak Adik yang bersunat baru-baru ni + pakej dengan kendurinya di SINI.. 

Bila melihatkan keadaan rupa bet aku tu.. apa yang terlintas di fikiran ketika itu - teringat kejadian yang berlaku itu. Memang bet tu tak mahal tapi bet tu ada sentimental value pada aku.


Berbalik pada kisah bet ping pong tersebut..
Apa yang aku lakukan..?
Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan..
Cuba untuk bertenang dan tak marah-marah..
Bukan kerana aku tak mampu nak marah pada dia tapi terus-terang aku cakap aku tak selesa nak berinteraksi dengan dia.. Bahasa kasarnya: Aku tak suka.


TAPI..
Disebabkan kejadian itu, dia pulak sentap dengan aku. Walhal aku hanya berdiam diri je takde komen apa-apa dalam group. Takde berbunyi walau sepatah pun.


'Bet tu terkoyak sikit kat situ.. bet tu bukan ketuk kat meja pun.. benda tu dah lama koyak la.. ingatkan dia tahu.' --- ni alasan yang diberikan. OK Fine..



Ni bukan koyak tapi 'sumbing' terus.


Bet tu tak koyak.. bet tu pecah sebab kena dekat bucu meja hokey..
Bila difikirkan balik syukur Alhamdulillah aku tak jadi tukar getah bet tersebut dan paling bersyukur bukan bet baru yang kena. Paling rasa annoying.. EGO tinggi melangit, jangan kata pm tepi, datang jumpa say sorry pun takde!


ChefHubby pulak kata aku ni baik sangat.
Aku ni tak baik mana tapi memandangkan aku ada extra bet, maka yang lama aku bagi orang lain guna, dari tersimpan tak guna kan.. cuma.. eemm.. takpelah.. perkara dah jadi..


Ayat Penutup:
Bawak balik terus bet tu.. simpan buat pekasam.. untung-untung pecah tu kembali bercantum!



StatusHati: Huh..!!!



2 comments:

Raydah said...

if it were me i would be so sad. haha

HeNRieTTa JoSe said...

Butterfly.....rietta pown minat butterfly....sriver fx....

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...