Followers Remaja Purba

Saturday, August 26, 2017

Terbaring kesakitan


Terfikir kenapa semalam aku penat sangat ye.. 🤔 Teringat.. Rupanya dari tengahari semalam aku tak dan rehat rupanya..

  • Main ping pong - rutin bersama team aku. Hampir setiap hari memang ping ponglah aku hadap. Inilah dia menu makan tengahari aku.
  • Bawa budak office ke emergency hospital - kes kecemasan. Lutut salah seorang staff tempat kerja cedera, yang pasti bukan sebab ping pong.
  • Naik turun tangga nak ke parking kereta - mengah rasanya. Lift parking berdekatan Trauma dan Kecemasan Hospital ni sedang dibaiki. Setakat mengah takde hal, simpati pada mereka yang berusia terpaksa naik turun tangga. Part ni.. tak boleh ke seorang je ambil kereta then fetch them dekat pintu masuk hospital. 🤔
  • Balik pulak hadap jalan sesak dua jam baru sampai rumah. Biasalah hari Jumaat sesaknya lebih sikit dari biasa. Cara terbaik nak elak mengantuk - pasang lagu dengan kuat sambil turunkan cermin tingkap. Aku tak boleh kena aircond kereta ketika jalan sesak, mata lagi cepat mengantuk.
  • Bersilat di dapur - untuk makan malam. Walaupun letih tapi demi anak-anak semangat kena kuat. Penyudahnya aku pulak tak mampu nak makan sebab letih.
  • Dating lewat malam tanpa anak-anak 🤗🤗 Konon nak beli sesuatu untuk diri sendiri tapi keperluan anak-anak juga yang diutamakan. Tapi.. misi untuk berdua-duaan dengan en. Hubby berjaya juga tanpa diekori oleh askar-askar kecik. 😄😄 


Hari ni..?
Terima kasih to #ChefHubby tolong masakkan sarapan. 


Aku..?
Terbaring kesakitan.. pinggang luar biasa sakit hari ni. Berharap, bukan aku pula yang kena admit di emergency.



StatusHati: Berehat dari melakukan aktiviti lasak.


6 comments:

  1. Perghh aktif ni .. :) kadang tu memang awal sakit, nanti lama oklah kalau xtvt tu jadi satu kebiasaan.

    ReplyDelete
  2. Kesihatan diri sendiri pun perlu di jaga....

    ReplyDelete
  3. KALAU LETIH SGT MKN PUN XLALU JAGA KSHTN YA

    ReplyDelete
  4. kalau msh sakit pinggang baring rehat je kak... sian bdn akak kepenatan tuh... mana tau dh rehat seharian dh cergas semula

    ReplyDelete
  5. Hadap jalan sesak dua jam.. aduhaiiiiiii.. tak sanggup tu. biasa hari Jumaat memang jalan sesak lain macam kanZz

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...