Followers Remaja Purba

Monday, August 14, 2017

Selamat Hari Kidal Sedunia (13 OGOS 2017)


13 OGOS 2017 (Ahad)
Selamat Hari Kidal Sedunia.


Kenangan ketika aku di Sekolah Tadika..
Ketika itu aku memang menulis menggunakan tangan kiri - dah namanya Kidal kan. Jadi rutin harian memang kugunakan tangan kiri. Satu hari.. ketika aku sedang menulis di depan rumah arwah atok aku (masa ni aku dibesarkan di kampung - dah besar barulah aku merasa jejakkan diri di bandar), arwak atok tegur aku - 'Tulis guna tangan kanan, tak baik guna tangan kiri.' 

Zaman #BudakPurba memang ikut je arahan orang tua.. dan hormatku pada orang tua, maka belajarlah aku menggunakan tangan kanan DAN sehingga kini aku menulis menggunakan tangan kanan. Tangan kiri? Boleh menulis tapi perlahanlah.

Walaupun arwah atok berjaya mengubah aku dari menulis menggunakan tangan kiri ke tangan kanan tapi hanya itu yang beliau berjaya tapi tidak pada aktiviti yang lain. Tetap kugunakan tangan kiri - hanya menulis je aku guna tangan kanan. eemm.. adakah mungkin arwah atok terlepas pandang untuk aktiviti aku yang lain masa tu?


Kemudian bila masuk zaman #RemajaPurba..
Kenangan sewaktu aku belajar memandu dulu..
Betapa risaunya aku sebab kenderaan yang digunakan bukan untuk 'left-handed' driver. Berdebar-debar pertama kali pegang stereng ketika itu. Alhamdulillah.. aku lulus bergaya masa tu. Syukur jugak aku bukan seorang yang Kidal tegar.


Namun, masih banyak sebenarnya peralatan yang aku tak reti nak guna kerana kekidalan aku ini. Teringat kenangan masa aku kecik dulu, aku disindir tak reti nak guna pisau pengupas kulit buah.. sobsobsob.. sentap aku weh.. DAN percaya tak.. dalam rumah aku takde langsung pengupas kulit buah hanya kerana kejadian itu.


Kini.. yang mewarisi Kekidalan aku adalah anak lelaki aku.. dak Adik. Setakat ni aku nampak dia ok dalam menjalani rutin harian.. dan moga rutin harian kami berstatus Kidal ni dipermudahkanNYA.. Aamiin..



StatusHati: eem.. kembali tak sihat diri ini..

 

2 comments:

  1. selamat hari kidal yea..orang kidal ni special sikit orang cakap hehe..

    ReplyDelete
  2. Alamak! Lupa pulak tentang Hari Kidal Sedunia tahun ni!

    Saya pun kidal orangnya. Tak kiralah apa orang cakap, saya tetap juga kidal. Memang tak mampu nak berubah. Tapi, saya memang takda masalah untuk melakukan apa sahaja, tak rasa kekok macam kidal tegar. Tapi itulah, tangan kanan memang tak kuat mana pun.

    By the way, tahu tak orang kata tulisan orang kidal ni cantik dan kemas? Hahaha!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...