'Malam tadi ada kereta F1 kat rumah kita la sayang.. Ferrari.. terkejut abang malam tadi..' Cerita en. Hubby kepadaku.
'Kereta siapa?'
Peliklah pulak sebab pagi tadi pergi kerja takdelah pulak nampak kereta seperti yang diceritakan oleh en. Hubby.
Memang pada mulanya aku tak perasan mesej en. Hubby mengenai Kereta Ferrari.. ku layan jelah seperti biasa.
'Dalam rumah, parking sebelah abang malam tadi..'
Masa ni aku masih tertanya-tanya siapa punya kereta, ke en. Hubby nak bagitahu ada beli kereta mainan untuk anak.. tapi tak pulak nampak tadi masa nak keluar pergi kerja.
Pelik ni.. kutanya lagi pada beliau..
'Kereta siapa..? Rumah siapa..?'
'Lambatnya.. Awaknya tu yang berdengkur kuat, abang nak tidur tak boleh, nak je tutup dengan bantal..'
Kahkahkah.. barulah perasan. Rupa-rupanya en. Hubby perli aku sebenarnya. Biasa aku yang tak boleh tidur dengar dengkuran en. Hubby. Kali ni terbalik pulak.. kahkahkah.. terkena aku..
'Hahaha.. letih sangat.. tak tahan penat..'
Memang tak sedar langsung malam tadi. Lena sampai ke pagi.. tambah pulak hujan lagilah sedap tarik selimut.. kihkihkih..
Inilah dia perbualan dengan en. Hubby.. huhuhu..
StatusHati: Kehidupan yang berwarna-warni..
WOW
ReplyDeleteanum singgah pagi khamis
hahahahahahaha...ferrari katenye...kalau hasben falsya motobot dikatenye..itudg terlampau penat kan kak..smp tido pun berdengkur..hehhe
ReplyDeleteni dengkur sama tahap bunyi Ferrari la maksudnya ek :D
ReplyDeleteHahaha... Amboi perli... Kete Ferrari ye...
ReplyDeleteok la tu disamakan dengan ferrari, maknanya barang mahal ... hehehe kalau disamakan dengan lori hantu mcm mana tu? hehe
ReplyDeleteHaha.. biasalah Tu bila badan dah penat.. Ferrari pun datang
ReplyDelete