Followers Remaja Purba

Sunday, April 9, 2017

Udang Galah di tengahari



Anak-anak paling suka bila Babah dorang cuti hujung minggu. Mulalah nak buat kerahan tenaga. Nak ke sanalah.. nak ke sinilah. Masa Babah dorang tak dapat cuti hujung minggu, takde pulak nak kerah tenaga aku.

Dorang bukan tak berani cuma aku yang tak nak sebab lebih suka rehat di rumah.. Makan.. tidur.. makan.. tidur. Mana tak kembang #MakBudak..


TAPI..
Bila peneman sepanjang hayat aku ada, lagi tajam selera aku. Kalau dinner malam tadi makan kari kepala ikan, lunch hari ni makan udang galah. Pagi tadi dah selongkar dapur carik breakfast.




Kalau lepas ni timbang berat naik, tu semua salah penimbang.. kihkihkih.


La ni..
Memancing ikan di tasik..
Menemani chef Hubby melayan anak-anak mencari pengalaman memancing. Semalam dapat ikan.. hari ni kita cuba lagi ye anak-anak..



StatusHati: Minggu depan nak makan apa pulak ek..?



5 comments:

paridah said...

SEDAPNYA DPT MKN UDANG GALAH BESAR HASIL TANGKAPAN SENDIRI...

Normi Nieza said...

bsarnya udang..:)

norhidana miswan said...

seronok lah akak, tak pyh ssh2 nk pikir msk apa tp pikir nk mkn pe...

ada org tlg masakkan

udang galah tu menggodanya.... mkn seekor pun dh ckp tuh

Mummydearie said...

Salam Aiza!

Untunglah macam ni buah hati pandai masak. Sedap-sedap pulak tu masakannya. Kalau berat naik, bukan salah penimbang aje. Tukang masak pun patut disalahkan. Bukan kita suruh tapi dia pi masak sedap-sedap sapa suruh kan? Hahaha!

Nour Adieb said...

Udang masak lomak eh? Kalau sy, dah bertambah 2-3 pinggan 😂

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...