Followers Remaja Purba

Thursday, April 6, 2017

Kisah disebalik MRI Scan


 
What is MRI Scan?
An MRI scan uses a strong magnetic field and radio waves to create pictures on a computer of tissues, organs and other structures inside body.



Kisah disebalik MRI pagi kelmarin (04 April 2017):

Pada yang tertanya-tanya kenapa aku kena buat MRI; kisah mengenai MRI ni bersangkut-paut dengan kes aku di SINI. Temujanji ditetapkan pada 04 April 2017 lepas. Hari ni baru terasa nak update dalam blog.


Pagi tu, aku ditemani dak Kakak ke Hospital memandangkan beliau bersekolah pada sebelah petang, jadi pada kiraan aku sempatlah untuk dak Kakak balik tengahari dan pergi sekolah. TAPI.. kita hanya merancang.. DIA yang menentukan urusan aku pada hari tersebut.

Selesai urusan di MRI dan selepas menunggu dekat setengah jam, barulah dibenarkan balik. Aku pun tak jangkakan apa-apa akan berlaku, jadi perjalanan balik diteruskan memandangkan dak Kakak perlu ke sekolah.

Aku dah suku perjalanan nak balik rumah.. dapat panggilan suruh kembali ke hospital disebabkan ada sesuatu hasil dari MRI tersebut. Tak boleh postpone hari lain. Hailaa.. disebabkan masalah itu dak Kakak tak sekolah hari ni. Segera kumaklumkan kepada guru kelas beliau di atas ketidakhadiran dak kakak ke sekolah.

Faham jelah dah nak masuk tengahari, jalanraya semakin sesak. Namun demikian, Alhamdulillah DIA permudahkan urusan aku hari ni. Patah balik ke hospital.. walau jalan sesak tapi rasa sekejap je dah sampai. Parking pun di aras yang sama aku parking pagi tadi.


Cuma yang tak best.. eemm.. 

Awalnya disuntik dengan contrast medium/dye pada lengan kiri. Ubat ni untuk nak bagi jelas imej MRI dan selalunya masa di inject akan rasa sejuk. Ini yang diberitahu kepada aku tapi aku tak rasa sejuk tu pun.. rasa sakit adalah. Mungkin disebabkan aku terkejar-kejar nak cepat sampai dan tak sempat nak rehat, dah terus dipanggil untuk urusan MRI tersebut. Moment rasa 'sejuk' ubat tu takde aku rasa pun. Teringat masa dak Adik warded dekat seminggu dua tahun lepas. Sakit rupanya bila ubat dimasukkan. Masuk air pun tak sakit macam tu.. tapi takdelah gedik over sakit sangat.
 

Dipendekkan cerita, bila dah lebih lima minit berada dalam 'terowong masa' tu tiba-tiba dorang keluarkan aku atas alasan ubat yang awal tu tak detect (salah cucuk?).. Maka lengan kanan pulak kena suntik ubat yang sama.


Keputusan?
Dipendekkan cerita.. sama-samalah kita tunggu esok sebab esok aku ada appointment dengan doctor pakar.


Semalam barulah surut bengkak dan kurang rasa sakit pada lengan kiri aku. Hari kejadian, besar sebelah lengan aku. Bengkak + Sengal + Sakit kesan suntikan tu dibuatnya.

Cukuplah dua kali aku berada dalam 'terowong masa' tu.. kalau boleh nak jejak ke hospital pun aku tak nak tapi apakan daya.. sabarlah ye #MakBudak.. Inilah kesan dari kes #PerasanSlim tu..


Apa-apapun terima kasih pada semua kakitangan di MRI tersebut.
Semuanya mesra alam dan baik belaka..



StatusHati: Nasiblah tak pakai lelawa.. apa yang dipakai semua kena tanggal.. pakai pakaian hospital.


13 comments:

Nurzakiah Hanum said...

nasib baik layanan terbaik ek

Azian Elias said...

Memang melemaskan duduk dlm trowong to kan. Dah tu inject segala macam dlm badan.

Normi Nieza said...

sakit apa yer sbnarnya..huhu

raihanah said...

semoga ok je semua

Anis Azalea said...

Terowong tu sempit kan...

Aziela said...

Semoga tak ada yg serius. You are in the good hands...

Linda said...

Semoga dipermudahkan segala urusan...insyaAllah...aamiin

LYAfrina said...

bertabahlah...

lya pernah ada pengalaman mcm ni... beza bdan lya xleh trima jarum drip trs msa tu..hbs smua bngkak n urat kejang..last2 doc bg tarikh lain n msuk day care wad semata utk mskkan drip utk msukkan ubt contrast...tp x jalan jugak.. sudahnya..skrang dh hampir 8 thun..lya x pergi trs..sbb x tahan sakit..hehe..


tp msa terhampir ni..ada dh buat mri jugak..

lya doakan moga keputusannya baik2 saja nanti

Pha Is said...

benci bila cucuk cari urat x jumpa.. sakit nk kna ulang2 cucuk.. apatah lagi kes macam kak nih.. hahaha..
smoha segalanya baik2 saja..

HeNRieTTa JoSe said...

mga cepat sembuh...

Mar Mansor said...

adoi sakitnya,,moga cepat sembuh
JanjiKita

alin said...

semoga dipermudahkan sis.. semoga segalanya baik-baik saja.. aminn

Mummydearie said...

Pada sayalah apa-apa bahagian pun kena cucuk, memang sakitlah. Maklumlah saya ni memang spesies penakut. Baru masuk kawasan hospital dah gegar vaganza kepala lutut tau. Berdebar-debar jantung dibuatnya. Itu belum apa-apa lagi.

Bila dah berada di terowong masa tu, memang masa berjalan terlalu lambatkan, Aiza. Siksa dibuatnya!

Semoga takda apa-apa yang serius ya, Aiza!

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...