Followers Remaja Purba

Thursday, January 26, 2017

Bantuan Persekolahan (CSR Back To School 2017)


Kisah pagi semalam:

Seperti biasa dak Kakak akan menghubungi aku sebelum pergi ke sekolah. Tapi pagi semalam lain pulak kisahnya.

'Ibu lupa gosok baju kakak ye? Kain dengan tudung je ada.' 

'La.. ibu ingat Kakak pakai baju sukan sebab hari Rabu kan..?'

'Tak jadi pakai baju sukan sebab cikgu cakap sekarang musim hujan. Pakai baju sekolah macam biasa. tapi takpelah.. Kakak dah gosok dah. Cuma ibu jangan marah ye sebab baju tu terkoyak kena seterika.'

'Teruk ke koyak baju tu Kakak?'

'Takdelah ibu sikit je dekat lengan baju. Nanti kakak lipatlah lengan baju tu.'
 
'Kan ibu dah pesan sebelum ni, seterika tu tak boleh panas sangat, nanti melekat dekat baju. Hurmm.. takpelah.. bila lagi Kakak nak pandai gosok baju. Ni jadikan ia sebagai pengalaman.'



Berkebetulan sebelum dak Kakak call mengadu pasal baju sekolahnya 'dimakan' seterika, tempat kerja aku telah memberikan Bantuan Persekolahan (CSR Back To School 2017) bagi anak-anak yang bersekolah Rendah dan Menengah. Aku tak tahu pun pasal ni sebenarnya.. tahu-tahu tengok dalam akaun ada penambahan duit. Bila check dalam emel.. Alhamdulillah.. Rezeki yang tak dijangka buat anak-anak.


DAN..
Balik sekolah petang semalam, dak Kakak tunjukkan baju sekolahnya tu, alahai.. kakak.. kakak. Besar jugak koyaknya. Kesian dia, mesti dia malu sepanjang hari dekat sekolah.

Takpelah kakak.. duit yang ibu dapat tu bolehlah nanti gantikan baju sekolah yang baru dan kasut sekolah dak Adik. Musim hujan ni kena beli lebih baju sekolah dan kasut sekolah nampaknya.



StatusHati: Pintu kereta kemek dan bercalar aku buat pagi tadi..


6 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

alahai kakak...bagusnya dia..nanti ibu upah beli baju baru...

Rozita Abdul Rahman said...

kalau saya bagi je dia pakai baju sukan walau tak sukan.. senang mak nak uruskan.. hehe.. dalam kata lain maknya malas..huhu

tiga lalat said...

laa, naper tak pos gmbr baju koyak dlm IG mkcik leh jd viral nih., hihik2

Pha Is said...

bagus dak akak.. kna belajar dari kesilapan.. hehehe

LYAfrina said...

Alhamdulillah.. rezeki
bestnya majikan bg elaun utk msuk sek pada anak2...

Kira Sakura said...

alahai sian kakak tapi betul la kata ibu. kalau tak cuba sendiri bila lagi nak tau sendiri kan. lepas ni mesti dia beringat2

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...