16 Julai 2026 - Khamis [1 Safar 1448H]
Maaf..
Ceritaku tidak bertujuan untuk menyindir tapi jika merasa tersindir, itu bererti tepat ke sasaran.
Kalau ada yang membaca lalu terasa seolah-olah cerita itu tepat mengenai dirinya, mungkin kerana mesej itu kebetulan menyentuh sesuatu yang dekat dengannya. Hakikatnya, semua tulisan aku ada yang sekadar luahan, ada yang sekadar renungan dan ada juga yang ditulis supaya kita sama-sama boleh mengambil pengajaran.
Jadi, tak perlu cepat terasa.
Dunia ini luas dan kisah hidup kita pun pelbagai. Kalau bukan tentang kita, anggaplah ia sekadar bacaan. Kalau terasa, mungkin itu peluang untuk kita muhasabah diri, bukan terus mencari salah penulisnya.
Menulis bukan untuk mencari musuh tapi berkongsi cerita. Kalau ada yang terasa, mungkin ini masa terbaik untuk muhasabah, bukan melatah.

Betul tu.. menulis apa yang kita nak rasa kongsi.. nasiblah kan kalau terkena atau terasa.. tapi biasanya memang takde niat.. cuma ramai insecure diri sendiri kannn
ReplyDeletekadang2 penulisan lain untuk kita muhasabah diri.. dah makin meningkat usia ni, takde masa nak fikir pasal sentap.. menambah beban je dekat emosi dan otak
ReplyDeleteBetul itu....kalau ada kena setepek dekat muka maknanya Allah bagi ruang untuk muhasabah diri
ReplyDeleterasa itu sesuatu yg subjektif. ada org baca dan hadam dengan baik. ada org baca pastu rasa seperti itu ditujukan utk dia. ada org walaupun ayat itu ditujukan utk dia tapi dia tak paham bahasa ahaksss
ReplyDelete