31 Mei 2026 - Ahad [14 Zulhijjah 1447H]
Alhamdulillah..
Hujan lebat membasahi bumi pagi tadi membawa sedikit rasa lega selepas beberapa hari berdepan cuaca panas yang membahang. Walaupun seketika, ia berjaya mengurangkan bahang panas di dalam rumah.
Tengah hari..
Masih lagi mendung di luar sana. Aku pula tersandar kekenyangan selepas menikmati makan tengah hari yang ringkas — nasi putih, sambal sotong dan sup sayur. Ditambah pula dengan secawan kopi O panas yang jarang-jarang sekali aku minum ketika makan. Apa pun, Alhamdulillah.. rezeki hari ini sederhana tapi cukup mengenyangkan.
Sekarang..?
Masa untuk merehatkan badan sambil menyambung menonton drama kegemaran S.W.A.T — sebuah drama yang bersiaran dari tahun 2017 hingga 2025. Hanya kerana salah satu watak di dalam team tersebut, buatkan ada satu entry tentangnya di [SINI].
Ada lapan musim keseluruhannya dan yang pastinya waktu itu aku tak habis tonton pun tayangannya di Astro kerana aku telah putuskan hubungan dengan Astro. Kini, bila kembali ditayangkan tapi di saluran Netflix, nampaknya aku dah boleh mula 'merantau' ke barat selepas lama berada di China.
Segala kerja rumah sudah siap dibereskan, jadi bolehlah aku menikmati waktu rehat dengan tenang, santai tanpa perlu tergesa-gesa. Nikmati saja setiap episod dan setiap waktu rehat yang ada.
#RemajaPurba: ..
No comments:
Post a Comment