Dalam dunia kerja hari ini, kita sering lupa bahawa kehidupan bukan hanya tentang kerja semata-mata. Sedangkan hakikatnya, keseimbangan antara kerja dan kehidupan itulah yang membantu kita terus kuat melangkah. Tapi ada waktu kita terlupa untuk berhenti seketika dan bertanya pada diri — sudah cukupkah kita menjaga diri sendiri hari ini?
Jika mereka tak reply berkaitan urusan kerja tapi masih boleh update story di socmed, itu adalah hak mereka. Cuti — Rehat, Jangan mengharapkan mereka sentiasa 'on call' untuk kerja. Beri mereka ruang dan waktu untuk recharge tenaga.
Bagi aku.. rakan sekerja tidak perlu ada dalam socmed aku supaya ruang peribadi kekal terjaga. Cukup sekadar hubungan profesional di tempat kerja. Kenapa..? sebab pernah terjadi sesuatu di [SINI].
Kerja tetap kerja. Matlamatnya satu — mencari rezeki. Bekerja bersungguh-sungguh itu perlu tapi jangan sampai berlebihan hingga akhirnya menjadi hamba kepada kerja sendiri. Habis waktu bekerja, balik tanpa perlu bawa beban itu ke rumah.
Jika ingin bercuti, kena pastikan semua tugasan yang mempunyai dateline telah diselesaikan terlebih dahulu. Jika berlaku sebarang perkara semasa kita bercuti, sudah ada back up untuk bantu selesaikan tugasan yang diberi.
— Jangan jadi hamba di tempat kerja —
Jika ada CUTI - gunakan untuk berehat.
Jika ada MASA - luangkan masa dengan keluarga.
Jika SAKIT - ambil cuti sakit.
Jika STRESS - carilah ruang untuk tenangkan fikiran.
Jangan sampai satu tahap, kita boleh kena anxiety di kemudian hari.
Ini boleh memberi kesan kepada kesihatan mental.
Hormati waktu kerja.
Jika ketika bekerja sering mengular dan tidak menjalankan tugas dengan baik, jangan harap orang lain menghormati waktu cuti kita sepenuhnya.
#RemajaPurba: ..
No comments:
Post a Comment