16 Mei 2026 - Sabtu [28 Zulkaedah 1447H]
Hari Guru bukan sekadar sambutan tahunan tetapi hari untuk kita mengingati insan yang pernah sabar membimbing, mendidik dan tidak pernah jemu memberi harapan. Setiap nasihat dan ilmu yang ditinggalkan menjadi cahaya dalam perjalanan hidup kita.
Selamat Hari Guru 2026
— Semoga setiap ilmu yang cikgu ajarkan menjadi pahala yang tidak pernah putus.
Setiap penat diganti dengan kebaikan dan setiap doa yang cikgu titip untuk anak-anak murid kembali semula sebagai kebahagiaan dalam hidup cikgu —
Selamat Hari Guru 2026 buat semua pendidik yang tidak pernah lelah menjadi pelita untuk anak bangsa. Terima kasih kerana terus mengajar dengan hati, mendidik dengan kasih dan percaya pada potensi setiap anak murid walaupun penat tidak pernah benar-benar habis. Jasamu akan sentiasa dikenang.
— Bila dah dewasa baru faham —
Guru yang tegas dulu sebenarnya jauh lebih ikhlas daripada manusia yang pandai bercakap hanya ketika mereka memerlukan sesuatu.
Dulu kita marah sebab cikgu banyak menegur. Bila dewasa — baru sedar dunia di luar sana langsung tak peduli kalau kita rosak.
#RemajaPurba: ..

No comments:
Post a Comment