Friday, May 29, 2026

Mode Kerja | Vibes Tenang


29 Mei 2026 - Jumaat (12 Zulhijjah 1447H)

Pagi..
Tenang memandu ke tempat kerja. Perjalanan pun terasa smooth tanpa berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Saat ramai masih menikmati cuti, aku pula sudah kembali ke tempat kerja.

Di tempat kerja pula, cuma ada beberapa orang yang masuk bekerja hari ni. Kedudukan meja masing-masing pun jauh hujung ke hujung, jadi memang terasa sunyi, tapi oklah juga daripada kena kerja seorang diri sampai meremang bulu roma dibuatnya. Sekurang-kurangnya masih ada nampak muka rakan sekerja, jadi takdelah seram sangat sampai nak pergi tandas pun kena fikir dua tiga kali.


Tengah hari..
Bila dah mula fokus dengan kerja, langsung tak sedar jam telah menuju puncak. Memandangkan aku cuma kerja half day hari ni, jadi lepas berehat sekejap barulah bergerak pulang — sekadar nak bagi badan rileks dan elakkan microsleep ketika memandu dalam cuaca panas terik. Panas mentari tengah hari memang boleh buat mata aku cepat layu kalau terus paksa diri memandu jauh.


Petang..
Kebetulan en. Hubby cuti hari ni, jadi aku ajak beliau dan anak-anak makan di luar. Sempat juga kami singgah membeli barang mentah buat stok beberapa hari. Senang hati bila peti sejuk dah penuh sikit, tak perlu nak keluar banyak kali untuk membeli.

Tak sedar, rupanya dah pukul 5 petang — waktu biasa orang mula balik kerja tapi mungkin sebab ramai masih bercuti, jalan raya hari ni tak sesak macam selalu. Tenang je en. Hubby memandu balik rumah sambil melayan gelak tawa anak-anak.


Malam..
Berehat di rumah sambil layan drama lagi.


Aku..?
Ada hari yang tak perlukan sesuatu luar biasa pun untuk rasa bahagia. Cukup semuanya berjalan dengan baik dan orang tersayang ada di sisi.

#RemajaPurba: Dulu cari keseronokan, sekarang lebih menghargai ketenangan.
 

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...