Thursday, May 14, 2026

Sesekali Kena Tantrum Juga, Baru Dia Faham

 
14 Mei 2026 - Khamis [26 Zulkaedah 1447H]

Ada masa, kita penat bukan sebab kerja atau keadaan sekeliling tapi sebab terlalu lama memendam kecewasekarang jadi sebab kita lebih banyak diam dan telan rasa sendiri.


Perasaan yang susah nak digambarkan 

Kadang, tertanya-tanya, mana pergi lelaki yang dulu aku pilih untuk jadi suami? Entah ke mana hilangnya common sense dan rasa peduli tu.

Sampai kadang rasa macam diri ni dah bukan siapa-siapa dalam hidup dia. Penat sangat fikir tentang seseorang yang hatinya macam dah tak ada lagi untuk kita.

- sumber dari Threads -


— Antara perkara yang patut diambil perhatian supaya rasa sayang tu tak makin hilang
  • Jangan terlalu biasakan diri memendam rasa. Sesekali kena tantrum juga. Jangan telan semua sendiri sampai kepala jadi serabut. Dia takkan faham apa yang kita rasa kalau kita cuma bercakap dalam hati. Biar sama-sama rasa penat dan stress, baru adil.
  • Jangan terlalu merajakan suami macam generasi dulu ajar. Kahwin ni partnership, bukan ambil anak angkat yang dah besar. Sama-sama buat kerja, sama-sama pikul tanggungjawab. Ada masa lelaki ni 'braincells' dia lambat connect sikit.
  • Jadi isteri ni kadang memang kena ada darah pahlawan sebab ada lelaki yang hanya sedar bila kita dah mula melawan. Lelaki ni kadang kena dibentuk sebelum terlambat — bukan lagi budak purba yang semua orang kena faham dan mengalah.
  • Kadang kita bercerita bukan nak simpati pun. Cuma nak rasa dihargai dan didengari tapi bila respon sekadar 'hmm..' sambil hadap phone, memang boleh hilang separuh kasih sayang. Cuba isteri buat benda sama — diam, acuh tak acuh, tak peduli — tahu pula dia merentan.


Dulu..
Aku pun sama banyak memendam rasa konon nak elak dari bergaduh tapi aku guna cara — kalau aku kata A, kalau tukar B ke C ke, aku memang tak nak terima. Kena tantrum juga, kalau tak en. Hubby tak faham. Kadang lelaki ni bukan tak sayang cuma dia lambat detect kita tengah makan hati.

Sekarang..
Tantrum juga — biar sama-sama pening kepala. Rasain lor..

#RemajaPurba: ..

No comments:

Post a Comment

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...