Followers Remaja Purba

Tuesday, November 22, 2022

EMPAT TAHUN SEKALI BARU KAU MUNCUL


Kejohanan Piala Dunia FIFA 2022 (FIFA World Cup) Edisi ke-21 kali ini memang dinantikan oleh semua peminat bola sepak di seluruh dunia. Berjuang demi negara membawa pulang sebuah piala yang diidamkan semua. Empat tahun sekali baru kau muncul.

Perlawanan pertama pada 20 November 2022 menyaksikan aksi tuan rumah Qatar kalah ditangan Equador (0 - 2). Mungkin pasukan Qatar gugup + bermain di tempat sendiri.

21 November 2022
England vs Iran (6 - 2)
Ini memang kenduri gol

22 November 2022
Senegal vs Netherlands (2 - 0)
Gigih en. Hubby melayannya.

Aku..?
Dah jom tido. Nak kena sorokkan remote tv tapi en. Hubby dah pegang dulu.. hahaha..

Dalam masa yang sama, perlawanan USA vs Wales (1 - 1). Ini tak tengok, sekadar tengok resultnya je pagi tadi.

=====================================================================

Sementara itu, dalam merebut Piala Malaysia 2022, pada peringkat separuh kedua menyaksikan Selangor berjaya mengatasi Terengganu dengan aggregat (3 - 2). Perlawanan yang biasa-biasa je sebab Selangor lebih kepada bertahan sehingga tamat perlawanan. Kecut perut aku bila tiap kali Terengganu menyerang.

Tahniah buat pasukan Selangor berjaya ke peringkat akhir Piala Malaysia 2022. Lamaaaaaaaaaa tunggu.. berjaya juga akhirnya dan Selangor akan bertemu dengan Johor (JDT) nanti.

Aku..?
Macam biasa, sokong pasukan yang menang, GK dan pengadil perlawanan.

#RemajaPurba: Cukup setakat ini, tunggu perlawanan akhir je nanti.

1 comment:

  1. suka tgk opening fifa @ qatar :)
    terbaik!

    asben aida x kaki bola.
    normally dia di update oleh kawan2.
    takat borak2 je.

    fifa ni memang satu yg berprestij.
    number one compare yg lain pada aida.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...