Followers Remaja Purba

Friday, July 17, 2020

Ada sesuatu berlaku pada hari ke 117 PKP


Sambungan kisah dari SINI..

DAY 117 (12 Julai 2020 - Ahad)
Membeli baju sekolah anak-anak. Membesar dengan sihat rupanya dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha hingga kena beli baju baju. 'Kita beli mana yang penting dulu, nanti ibu dapat gaji kita beli lagi mana yang kurang tu ye..'

Memandangkan aku cuti rehat daripada memasak, maka jomlah kita makan di luar sana. Tempat pilihan Atok Asam Pedas Sungai Sembilang, Jeram, Selangor.

Asam Pedas Daging pilihan anak-anak. Aku lebih suka asam pedas ikan kari.

Selesai makan, ke kedai dobi pula untuk keringkan baju yang sudah dibasuh sedari awal di rumah. Kalau ada mesin lipat baju lagi senang kerja aku. Memang aku rehat dari rutin harian di rumah tapi sibuk dengan urusan di luar rumah.

Kedai dobi ini menjadi pilihan aku, selain selesa aku boleh rehatkan diri sekejap. Biasanya memang aku akan terlelap. 

Dalam aku terlelap, ada sesuatu berlaku di hadapan kedai dobi.
Pertama kali aku menggunakan khidmat talian kecemasan 999.

Bukan aku yang bercakap dengan operator 999 tu, sebaliknya aku serahkan telefon aku kepada bapa mangsa (bapa mangsa yang sebelah kanan berseluar coklat tu). Aku telefon talian kecemasan 999 sebab aku . 'Nak tolong macam mana, bukan ada peralatan sesuai pun nak bukak pintu kereta tu'. 

Mangsa: Budak berumur dua tahun terkunci di dalam kereta
Lokasi kejadian: Kedai Dobi
Bantuan: 1 Skuad Bomba

En. Bomba: 'Boleh share location kejadian dekat no. saya ni?'
Tak lama kemudian..
En. Polis pula: 'Tempat ni dekat A kan?'
Aku: 'Ye betul tapi la ni settle dah, Bomba ada ni ha..'
Alhamdulillah, mangsa berjaya diselamatkan.. 👏👏👏

Satu pengalaman menarik buat dak Nuha, dapat menyaksikan sendiri bagaimana pihak Bomba menyelamatkan mangsa kejadian.


DAY 118 (13 Julai 2020 - Isnin)
Musim hujan sekarang ni.
Hari ini sahaja seharian hujan tanpa henti dari awal pagi membawa ke petang. Sejuk beku aku rasakan di tempat kerja.


DAY 119 (14 Julai 2020 - Selasa)
Hari terakhir buat anak-anak sebelum kembali ke sekolah. Esok akan bermula norma baharu buat semua mereka yang akan memulakan sesi persekolahan. Moga urusan semuanya dipermudahkanNYA.

#KisahKita: ...

4 comments:

norhidana said...

cemanalah boleh terkunci dalam kereta tu?sebab tu budak kecik tak boleh la nk tinggalkan kejap dlm kereta dan tinggalkan walaupun kejap.. bahaya

Kakcik Seroja said...

Dah lama betul tak ke Asam Pedas Atok tu...

Unknown said...

Anak-anak saya pun semua beli baju baru..

Tapi masa awal tahun hari tu memang tak belikan baju baru pun. Jimat banyak la.. Hahah..
Dah tengah tahun ni baru badan naik masing2.

okk said...

nice info....

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...