Followers Remaja Purba

Thursday, July 9, 2020

DAY 105 until DAY 111


Sebelum ini, rajin aku nak update setiap hari di sini. Lepas balik kampung tempohari, mood terus merudum; tambah lagi dah mula bekerja.


DAY 105 (30 Jun 2020 - Selasa)
Selepas enam bulan, hari ini aku kembali ke hospital kerana temujanji yang telah ditetapkan. Prof. Dr. yang bertugas sangat baik melayan aku sebagai pesakit.

Selesai berjumpa Prof. Dr. tersebut, sedikit survey dilakukan oleh tiga orang pelajar perubatan yang ada di situ. Ok, yang ini adalah secara sukarela dan aku pula baik hati merelakan diri menjalani sedikit ujian. Takde apa pun, sekadar survey biasa je.

Selesai urusan di hospital, aku bawa dak Kakak berjumpa dengan doktor gigi. Disebabkan tiada temujanji lebih awal, kenalah tunggu lama sikit sebelum dapat berjumpa dengan doktor. Selesai rawatan, dak Kakak perlu hadir kembali untuk sesi rawatan seterusnya untuk melihat perkembangan giginya. 


DAY 106 (01 Julai 2020 - Rabu)
Dak Kakak pun dah balik rumah dari kampung, maka hari-hari selepas ini akan menjadi mudah sedikit kerja di rumah. Paling penting dak Adik dengan dak Nuha ada orang jaga memandangkan Babah deme sibuk di luar rumah.


DAY 107 (02 Julai 2020 - Khamis)
Bekerja seperti biasa..
Stress memandu seperti biasa..
Hadap kerenah manusia seperti biasa..
Melayan kerenah anak-anak kena lebih dari biasa, kalau tak nanti aku yang stress dari biasa..


DAY 108 (03 Julai 2020 - Jumaat)
Bila tiba hari Jumaat, perasaan tak sabar nak balik kerja rasa luarbiasa dari biasa sebab Sabtu dan Ahad dapat berehat di rumah lebih dari hari biasa.


DAY 109 (04 Julai 2020 - Sabtu)
Memanjakan diri di atas katil lebih lama dari biasa. Berangan jelah kau Mak Budak, dak Nuha mana boleh tengok aku berkurung lama di dalam bilik. 'Ibu.. ibu.. ibu buat apa dalam bilik?' Dia nak masuk sebab nak berkurung dalam aircond je sebenarnya.


DAY 110 (05 Julai 2020 - Ahad)
Temujanji dak Kakak di klinik gigi. Alhamdulillah, tak ada apa yang perlu dirisaukan cuma kena kawal dari segi apa yang dak Kakak makan, kalau tak makin teruklah keadaan gigi dia nanti.

Tengahari, kami singgah di rumah MIL main masak-masak. Aku macam biasa, jadi PA je lagipun dak Kakak dah boleh harap dan bantu apa yang patut.


DAY 111 (06 Julai 2020 - Isnin)
Hari ke seratus sebelas sudah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Minggu depan sesi persekolahan akan bermula. Pulun habis ye anak-anak dengan kerja rumah yang cikgu berikan sebelum ini. Aku pun turut sama memantau kerja rumah yang diberikan oleh cikgu dari masa ke semasa. Aku pula belum check lagi baju sekolah, muat ke tak untuk dipakai kembali tapi tahu dah, mesti ada yang tak muat..

#KisahKita: ...

4 comments:

norhidana said...

lepasni minggu depan dah tak boleh nak gerak ke pejabat lambat dah, kene awal... lepas subuh je dah siap2 nak gerak ke pejabat la jawabnya hehehe... selepas 4 bulan bersenang lenang jalan lenggang kuar rumah lambat minggu depan hadapla jem sseperti biasa

Unknown said...

Assalam Beb...
Rinduuu...
masih aktif blog
Tahniahhhhh

insan marhaen said...

sejak tadika dibuka semula, saya mula kejar masa semula. pagi hantar cucu ke tadika, beli sarapan untuk ibu_suri. Tengahari ambil pula cucu dari tadika, beli makanan untuk ibu_suri dan hantar pula cucu balik ke rumah. kekadang dia minta singgah ke kedai beli jajan.

Macam tulah kena banyak sabar dan tahan...

Han Hanni said...

Lepas ni sekolah dah buka, ibu2 busy urusan sekolah anak2 pulak. Rutin sama, tanggungjawab sama. Semoga dipermudahkan..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...