Followers Remaja Purba

Saturday, July 18, 2020

Selamat Kembali ke Sekolah - PKPP


Sambungan kisah dari SINI..

DAY 120 (15 Julai 2020 - Rabu)
Selamat kembali ke sekolah, selepas lebih 120 hari berehat dengan selesa di rumah. Mananya tak selesa hingga kena beli baju sekolah baru. Nampak tak bila anak-anak dijaga dengan baik.. 🥴 Aku pula mohon cuti rehat untuk dua hari.. 👏

DAY 121 (16 Julai 2020 - Khamis)
Hari kedua.. 😱😳
Melompat aku bila tengok jam dah pukul enam pagi. Terasa macam terlajak sahur reaksinya. Tak sampai hati aku tengok dak Kakak kelam-kabut bersiap takut tertinggal van sekolah.

'Kakak, biarlah ibu hantarkan. Tak sempat Kakak nak kejar masa naik van'. Dalam pada tak nak lambat, dah separuh perjalanan, dak Kakak boleh tertinggalkan face mask. Hailaa Kakak.. sabar jelah.

Lewat petang, dak Kakak mengadu sakit kepala. Ini gara-gara tak cukup tidur dek pulun siapkan tugasan yang diberikan oleh cikgu.

Dia ni sama macam aku, kalau dah teruk sampai menangis tu, jawabnya memang tak boleh tahanlah tu. Lepas makan ubat aku suruh tidur, rehat..


DAY 122 (17 Julai 2020 - Jumaat)
Dak Kakak aku cutikan dari pergi sekolah. Biar dia rehat di rumah. Pada cikgu dan acik van telah aku maklumkan.

Aku..?
Kembali bertugas seperti biasa.

#KisahKita: ...

4 comments:

The Redza Channelz said...

Assalamualaikum, saya dah follow blog ini.
Lain bila mula sekolah semasa PKPP. Semua ikut SOP.

Warisan Petani said...

Selamat kembali ke sekolah setelah lama bercuti

ewanthology said...

sesi persekolahan dah mula..jgn lupa face mask dan hand sanitizer, dan penjarakan sosial :-)

Diana Rashid said...

kesian kakak..

Start2 sekolah terus ada tugasan banyak.

Sabar je la.. Cikgu pulun nak habiskan pelajaran yang tertinggal kot..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...