Followers Remaja Purba

Tuesday, July 14, 2020

DAY 112 until DAY 116


Ini merupakan kisah pada minggu lepas dan juga sambungan dari SINI..

DAY 112 (07 Julai 2020 - Selasa)
Hujan lebat pada sebelah petang, jalan sedikit sesak + pandangan terhad. Di taman perumahan sedikit kecoh di dalam group WA kerana air dah mula naik. Keadaan takdelah teruk cuma ada yang panik bila air mula naik, air cuma memasuki halaman depan rumah je. Aku balik kerja, tengok air dah surut. Alhamdulillah..


DAY 113 (08 Julai 2020 - Rabu)
Dari pagi membawa ke petang hujan turun membasahi bumi.
Malam, memantau tugasan sekolah anak-anak. Segala aktiviti di waktu malam adalah dilarang sama sekali.


DAY 114 (09 Julai 2020 - Khamis)
Petang, aku ke hospital ada temujanji dengan Orthopedic Doctor. Bayangkan dari tempat kerja aku menggunakan google maps hanya untuk ke hospital, walhal boleh je tanpanya. Kenapa? Tiba-tiba aku jadi kurang yakin menggunakan jalan tersebut untuk ke hospital.

Alhamdulillah.. urusan aku dari awal hingga selesai di hospital dipermudahkanNYA. Tak lambat. tak cepat..


DAY 115 (10 Julai 2020 - Jumaat)
Keadaan masih terkawal seperti biasa. Tiada yang luar biasa melainkan yang biasa sahaja. Tak sabar nak balik rumah ye ada. Dah penat lima hari berkejar ke tempat kerja, hujung minggu adalah masa yang terbaik untuk rehatkan diri.


DAY 116 (11 Julai - Sabtu)
Menemani en. Hubby ke rumah nenek MakAni pengasuh lama anak-anak dulu. Nenek nak kami datang rumah juga untuk berbincang mengenai menu untuk majlis perkahwinan anaknya nanti. Nenek cakap tak best bercerita melalui panggilan telefon dan WA je, jumpa bertentang mata lagi senang.

Aku ni kalau ke rumah beliau, tak boleh tak makan walau hanya dihidangkan cekodok. Air tangan nenek memang markah teratas + pakej tapau bawak balik lagi kalau ke rumahnya.

Ahad, ada sesuatu yang menarik berlaku, nanti aku update.

#KisahKita: ...

5 comments:

  1. assalamualaikum
    selamat pagi selasa
    diharapkan semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. Smeoga dipermudahkan urusan kak setiap hari.
    butheway, saya pun setuju.. kalau air tangan orang tua-tua memang sedap. campak2 je menjadi dengan sedap, masak dengan bahan tak cukup pun menjadi sedap..mintak resepi pun belum tentu sesedap mcm mereka buat.

    ReplyDelete
  3. Uncle pon dah 'terbegantong' dengan google map. Walhal kadang2 tak perlu pon...

    ReplyDelete
  4. kita yang kerja ni kan kak... bila sampai hari jumaat dia punya bahagia tu tak boleh nak kata pa

    sabtu ahad tu rasa nk rilex je atau jln2 dengan family je hehehe

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...