Followers Remaja Purba

Wednesday, January 15, 2020

Tangan dak Nuha Retak..? 🤤


Anak-anaklah penghibur hati di kala sedang berhadapan dengan tekanan. Paling happening waktu makan di meja makan. Aku ni tak suka suasana sepi waktu makan, macam ada orang mati pulak rasanya.

Aku rasa gembira sebenarnya bila dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha berebut-rebut nak bercerita apa yang berlaku dan macam biasalah kena ikut giliran. Dah kalau semua nak bercakap, nanti bergaduh pulak di meja makan.


Kali ni aku nak berkongsi cerita mengenai dak Nuha:
Tiap kali balik sekolah sebelah pagi, dak Nuha akan call aku dan mulalah drama rengekan dia tak nak ke sekolah. Pelbagai alasan dia gunakan dengan harapan hati ibunya akan cair seperti coklat cadbury.

'Ibu.. boleh tak, petang ni Nuha tak nak pergi sekolah?'
'Kenapa tak nak pergi sekolah pulak?'
'Tangan Nuha retak..'
'Haaa.. tangan Nuha retak?! Kenapa..?' Zup.. terasa kering sekejap darah dibuatnya. Aku terbayangkan tangga sekolah je waktu tu.

'Tangan Nuha retak sebab banyak menulis..'
Aduhai Nuha ni buat ibu terkejut jelah. Jawapan dia sungguh di luar kotak fikiran. 


Kelas dak Nuha di SRA pagi nun tingkat empat; di SK petang pulak di tingkat tiga je tapi nun jauh dari kantin sekolah.

'Ibu, Nuha nak tukar kelaslah ibu. Kelas Nuha tu bising sangat, kepala Nuha pening. Boleh tak ibu?' Ni lagi satu.. hampir setiap hari dia akan merengek dengan aku.
'Nuha boleh tukar kelas dengan syarat kena berusaha lebih untuk pandai, nanti baru boleh tukar kelas'.
'Tak nak! Nuha nak tukar sekarang jugak. Ibu telefonlah cikgu cakap Nuha nak tukar kelas'. Ini pun sama.. dia nak kelas yang sama macam tahun lepas, alahai anakku ini.

'Alah, duduk jelah dalam kelas tu, kakak dulu tukar kelas elok je'.
'Entahnya.' dak Adik pun sama mengiyakan apa yang dak Kakak cakap. 


Itu belum lagi..
'Kelas Nuha jauh sangat dari kantin, nak makan pun tak sempat sebab tak cukup masa. Sebelum ni senang, kelas Nuha dekat je dengan kantin.'
'Nuha, masa Darjah Satu, cikgu bagi kelas dekat dengan kantin supaya tak berebut-rebut waktu membeli dan cikgu tak nak ada yang tak dapat makan'. Aku pujuk dia.
'Yelah.. tapi ibu..'
'Dah.. dah.. pergi siap, lepas tu pergi sekolah. Jangan bagi ibu bertukar jadi naga pulak'.  😡

Ibumu ini baik, baik jugak tapi bab sekolah ni memang tiada kompromi kecuali dalam keadaan darurat dibolehkan untuk tidak hadir ke sekolah. Selain dari itu 'No excuses not to go to School..!'

Aku nak aura kasih sayang antara aku dan anak-anak tidak terputus atau berkurangan. Komunikasi sangat penting dalam keluarga. Kalau takde komunikasi, macam mana nak buat anak-anak rasa gembira di rumah kan..?

#KisahKita: ...

3 comments:

  1. Nuha...Nuha....bijak sungguh bagi sebab ye.Hehe.

    ReplyDelete
  2. hahahaah comel je nuha nih, pandai je dia, tangan retak sebab menulis banyak hahahha

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...