Followers Remaja Purba

Tuesday, July 16, 2019

Rendang Ayam Maman Crispy


Kenangan di Aidilfitri 2019..

Sayur Maman..
Di Negeri Sembilan, di antara kawasan tanaman utama maman adalah di Gemencheh. Maman merupakan satu sayuran yang dimasak bersama rendang ayam atau daging dan menjadi satu juadah wajib pada setiap hari raya. Satu kelebihan yang aku ada adalah kampung mak saudara aku berada di Gemencheh, Negeri Sembilan. Lagilah mudah untuk aku merasa sayur maman ni.

Pada aku, tak lengkap rasanya kalau waktu raya tiadanya menu ini. Setiap kali balik kampung pasti akan dihidangkan dengan menu ni. Rasanya dah tentu sedap selain dari pedas + pahit.

Aidilfitri 2019..
Aku dapat merasainya di kampung bapa saudara aku di Melaka dan juga di rumah salah seorang rakan 'ondscene' di Negeri Sembilan. Sedap tapi tak terkalahkan yang ada di Gemencheh. Thumb up..

Menambah keterujaan bila aku minta ibu saudaraku sejuk bekukan maman yang ada untuk di bawa balik sambung makan di rumah sendiri.

Mula-mula kita panas maman yang di bawa balik dari kampung tu..

Kemudian goreng ayam..

Taadaaa... hasilnya..

Pada yang tertanya + terfikir bagaimana penyediaan Rendang Maman yang sebenar, bolehlah tengok di SINI..

StatusHati: ... speechless

4 comments:

zarul farhana said...

Sejak tgk majalah 3, pasal maman ni baru tau boleh buat rendang..

Warisan Petani said...

Sedap agaknya

Sunah Sakura said...

baru tahu ada rendang maman ni...biasa family mertua buat jeruk aje...kita tak dapat nak telan...

Sha Mohamed said...

pernah dapat sayur ini tapi tak pandai makan.. huhuhu

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...