Followers Remaja Purba

Monday, July 22, 2019

Hentitugas Loji Akibat Pencemaran Minyak di Muka Sauk - Sungai Selangor


Penutupan air telah berlaku di kawasan perumahan aku sejak:
19 Julai 2019 (Jumaat) - bermula pada sebelah petang hingga membawa ke awal pagi.
20 Julai 2019 (Sabtu) - Keadaan kembali terkawal.
21 Julai 2019 (Ahad) - Keadaan masih ok tapi penutupan pada sebelah malam tadi aku terlepas pandang siaran media seperti di bawah. Andai hingga malam ni takde air, maka aku isytiharkan esok cuti untuk diri aku sendiri.

StatusHati: ...


*LRA RANTAU PANJANG@ 21/7/2019*

*Hentitugas Loji Akibat Pencemaran Minyak di Muka Sauk - Sungai Selangor @ 6.00pm*
LRA Rantau Panjang telah mengesan minyak dimuka sauk pada 21/7/19 @ 5.45pm dan disahkan bersama oleh nelayan.
Tindakan:
1. Memasang oil boom
2. Menabur serbuk sabun
3. Memaklumkan kepada pengurusan

*Status Semasa @ 8.00pm*
Paras sungai: 4.4m

RW inflow : 0 m3/h
TW outflow : 0 m3/h

Reservoir level:
A - 0.6 m
B - 0.3 m
C - 0.3 m
Pemantauan mendapati bau diesel semakin kuat.

seperti di SINI.


MAKLUMAN INSIDEN PENCEMARAN MINYAK DIESEL DI SUMBER AIR MENTAH SUNGAI SELANGOR MENYEBABKAN HENTITUGAS LOJI RAWATAN AIR SSP1, SSP2 DAN SSP3 SERTA LOJI RAWATAN AIR RANTAU PANJANG

SIARAN MEDIA
21 JULAI 2019

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Air Selangor, ingin memaklumkan bahawa pihak kami telah mengesan pencemaran minyak diesel di muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 (LRA SSP1, LRA SSP2 dan LRA SSP3) serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang dari sumber air mentah Sungai Selangor.

Ekoran insiden pencemaran ini, LRA Rantau Panjang terpaksa dihentitugas pada jam 6.00 petang hari ini, Ahad 21 Julai 2019, LRA SSP3 pada jam 8.00 malam dan LRA SSP1 serta LRA SSP2 pada jam 8.15 malam.

Pihak kami telah melaporkan insiden pencemaran ini kepada pihak berkuasa dan mendapati punca pencemaran adalah dari aktiviti kerja - kerja pengorekkan pasir di hulu sungai. Sila rujuk sisa diesel di dalam sungai pada lokasi pencemaran (dilampiran).

Untuk makluman, ini merupakan insiden kedua dalam tempoh tiga (3) hari melibatkan penutupan kempat - empat Loji Rawatan Air Utama dan menyebabkan gangguan tidak berjadual berskala besar kepada pelanggan.

Seperti yang pihak kami maklumkan pada hebahan media semasa insiden penutupan empat (4) Loji Utama iaitu Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 termasuk Loji Rawatan Air Rantau Panjang sebelum ini, pihak kami tidak dapat memastikan jangkamasa pemulihan sekiranya insiden pencemaran sumber air mentah kembali berulang dan berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang insiden seperti yang berlaku pada hari ini.

Kawasan terjejas adalah adalah sama seperti senarai terdahulu dan sila rujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor, laman sesawang www.syabas.com.my dan facebook Air Selangor atau Twitter @air_selangor bagi mendapatkan maklumat dan status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Dikeluarkan oleh:

Abdul Raof Ahmad
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd


2 comments:

  1. huwaa...tempat kita orang rawang, esok 23/7 jam 9 pagi mula air tadak hingga khamis katanya

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...