Followers Remaja Purba

Wednesday, September 26, 2018

Nak je aku berpakat dengan Doktor


Kisah semalam..
Dalam perjalanan menuju ke hospital bagi urusan dak Adik, singgah sekejap tapau Rojak dan Cendol di Jalan 51A, di tepi Federal Highway. Landmarknya betul-betul di Malaya Acid yang kini telah dirobohkan sepenuhnya.


Di sinilah lokasinya.. 'Ali Rojak dan Cendol'


Dah lama beliau beroperasi di situ sebenarnya tapi tak pernah pun nak mencubanya sebab laluan aku tidak sehala, sebab itulah hanya mampu melihat dari seberang jalan. Tapi.. bila en. Hubby yang bertanya sama ada aku menginginkannya atau tidak, takkan nak lepaskannya pulak kan.. yang pasti ianya memang sedap.  


Kemudian..
Perjalanan diteruskan ke hospital sambil menikmati rojak yang dibeli. Lambat sangat nak sampai ke lokasi, dalam kereta je kami makan.. hahaha..


Urusan di hospital..
Bilik XRay


Dak Adik ada date dengan Doktor di Hospital. Nak XRay kaki dia.

'Ibu, lepas jumpa Dr. ni dah boleh main bola balik ke?'

Dia punya risau takut tak boleh main bola sepak langsung lepas ni. Nak je aku berpakat dengan Doktor 'takutkan' dia.. hahaha..


eemm.. kenapalah aku tak minta izin dari Dr. semalam ye..


Urusan berkaitan dak Adik berjalan dengan baik dan dipermudahkanNYA. Keputusan XRay kaki dak Adik menunjukkan tiada tulang retak. Doktor pun berpuas hati dengan keputusan XRay kaki dak Adik. Alhamdulillah.. DAN.. minggu depan turn Mak Budak pulak jumpa doktor di Orthopedic..


Dalam perjalanan balik, berhadapan pula dengan kesesakan jalanraya..
Sebelum ni tak dan langsung nak melihat bangunan 'Pusat Lebuhraya' ini..


Bilalah agaknya nak menggunapakai Samsung Galaxy Note9 ni..


Rupa-rupanya kesesakan jalanraya di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Subang Jaya semalam disebabkan kereta terbakar di laluan kiri berhampiran susur keluar ke Subang Jaya. Masa kami lalu tu, hanya tinggal rangka je. Mengeluh bukan sebab kejadian tersebut tapi disebabkan kesesakan yang teruk itu. Letih hadap jalan jem je petang semalam..


StatusHati: Sabarlah hati..


6 comments:

Falsya said...

alhamdulillah kaki dah adik okayh..semalam memang bagai2 kejadian la kak aiza..jem sana sini, kete terbalik ade la 2-3 tempat, dengan train rosak...huwaaaaaa

Cik Nor said...

wah..siap nak pakat2 ngn doktor plk..hihi

Farhana Jafri said...

hahahhaa kemain sangat mak dia nak berpakat dengan doktor semata nak usik adik

Warisan Petani said...

Alhamdulillah.
Bolehlah dak adik sambung main bola sepak lepas ni.

norhidana said...

risaunya dak adik, minat betul dia main bola sepak ye...

alahai note 9 tu, niat mmg ada kak tp tak mampo... rm3k

AisNy said...

Ada juga Bangunan Pusat Lebuhraya ya... Kat mana ye tempat tu...

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...