Followers Remaja Purba

Tuesday, September 18, 2018

Paklongku telah kembali kepadaNYA


Malam tadi..
Kakak Sepupu aku, Kak Ngah maklumkan keadaan ayah beliau, abang sulung kepada mak aku yang kritikal di hospital dan perlu dipindahkan dari Hospital Tampin ke Hospital Pilah bagi mendapatkan rawatan berkenaan penyakit yang dihidapi. Semua sedia maklum keadaan kesihatan Paklong kami itu cuma kali ni keadaan beliau antara yang paling sukar.

Nak balik.. aku sendiri baru tiba dari kampung yang tak jauh mana tu tapi kerana kami keletihan, maka hanya doa mengiringi dari kejauhan.


Awal pagi tadi..
Tiba-tiba aku tersedak-sedak seperti ada orang menyebut namaku ketika sedang lena tidur menyebabkan aku bingkas bangun dan check telefon. Allahuakbar.. satu perkhabaran duka kami terima.


'Paklong dah takde along..'
Mesej aku terima dari Kak Ngah aku dan diikuti dengan panggilan telefon dari beliau. Ralatnya rasa hati tak dapat bersama Maklong dan keluarga.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un’

Buatmu abang Jamali, KakNgah dan semua adik-adik sepupuku..
Banyakkan bersabar..
Kuatkan semangat..
Doakan yang terbaik untuk Paklong di sana..
Moga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama mereka yang beriman..
Maklong perlukan anak-anak demi kelangsungan hidup..
Al-Fatihah buat arwah Paklong aku, En. Ramli..



StatusHati: Kusimpan di sini sebagai kenangan..


5 comments:

#JMBELOG said...

INNALILLAHIWAINNAHIRAJIUN

SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT

Aryan azra said...

innalilla hiwainna ilahirojiun...moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan beramal soleh

Warisan Petani said...

Al-Fatihah
Semoga rohnya dicucuri rahmat

Nor Azimah Ali said...

Salam takziah.

Siti Yang Menaip said...

allahuakhbar. perkabaran begini memang menakutkan. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan beriman dan diredhai. aamin..

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...