Followers Remaja Purba

Saturday, September 1, 2018

Ulangtahun ke 61 - Sayangi Malaysiaku..


Ketika keinginan untuk menyambut Hari Kebangsaan 2018 di Dataran Putrajaya membara, tiba-tiba satu perkara yang tidak disangka telah berlaku pada hari Rabu lepas di SINI..

eemmm.. nampaknya takde rezeki nak bawa anak-anak menyaksikan sambutan tersebut. Sebaliknya dak Kakak bersama kawan-kawan beliau menonton Filem Munafik 2 di pawagam disebabkan dak Adik perlu berehat di rumah gara-gara kecederaan yang dialami.


 MERDEKA..!
Beberapa hari sebelum merdeka..


Kisah semalam 31082018..


Patriotik sungguh dan Nuha. Dililitnya bendera Malaysia dan dimintanya aku mengambil gambar. Alahai.. kesian anak aku takde baju ropol-ropol dari bendera Malaysia.. Ditambah pula hanya menonton siaran langsung di rumah.. 😢😭 Lagipun Babah kena kerja Nuha.. #Bertabahlah kita semua ye..

Lagu Kita Punya Malaysia - Bunkface turut menjadi pilihan anak-anak. Keluar berjalan-jalan takde lagu lain mereka nak dengar. Pasti diulang-ulang lagu tersebut. Alah.. jangan kata anak-anak, #MakBudak pun 2x5.. 5x2.. 😜🤗


DAN..
Lewat petang semalam, kami semua balik kampung melawat mak dan abah en. Hubby ditambah dengan rasa bosan terkebil-kebil di rumah sendiri.


La ni..
Tengah fikir nak makan apa hinggakan en. Hubby bersuara.. 'Abang suruh makan, bukan suruh gemuk.' Hahaha.. padu beb..


StatusHati: Gembirakan hati sendiri..



1 comment:

Azian Elias said...

hehehehe.. suruh makan bukan suruh gemuk yeee..
sangat padu memang tu.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...