Followers Remaja Purba

Friday, January 27, 2017

Takde duit ke..?


Kisah hari Ahad lepas..

Dah lama sebenarnya aku tak tempah baju, biasa buat pun hanya untuk musim-musim tertentu. Kali ni wajib nak kena tempah ditambah pulak ada tema, bukan untuk raya tapi untuk majlis perkahwinan adik en. Hubby tak lama lagi.

Dipendekkan cerita..
Kami sepakat untuk hantar di kedai yang sama mak mertua tempah baju. Rupa-rupanya kedai tersebut adalah kedai yang mak aku pernah mendapatkan khidmat beliau long time ago (terkeluar sudah ayat kampungnya tu). Bertahun lamanya aku tak tempah dekat acik tu rupanya.

Kali ni aku datang kembali (walaupun acik tu tak kenal aku pun). Pening acik tailor tu nak melayan kerenah dua buah family. Bukan setakat anak-anak dara kami, Mak Budak pun sama dok pening nak pilih fesyen mana yang menarik.


Tak sabar nak lihat hasilnya terutama anak dara kecik ni.


Selesai urusan di kedai acik tersebut yang terletak di P.J, kami kembali ke Setia Alam makan tengahari di Setia City Mall. Sengaja sesekali bawa anak-anak berjalan, jangan kata deme, aku pun turut penat..

Cukup suka selfie.. siap bangun dari kerusi minta aku ambilkan gambar dia..


Bersama replika ayam..


Dak Nuha memang selamba..

Tak kisah orang pandang dia ke tak.. yang penting dia dapat bergambar dengan apa yang dia suka..


Dah penat ukur jalan dalam Setia City Mall tu, chef Hubby request minta tolong belikan barang di IKEA. Fuh.. ni yang den lomah ni. Memanglah beliau bagi duit tapi masalahnya aku tak pernah memandu ke IKEA. Biasanya aku duduk sebelah, sambil borak melayan kerenah anak-anak, tahu-tahu dah sampai.

Sebelum nak gerak tu bukan setakat chef Hubby guide jalan nak ke sana, aku siap waze lagi.. itupun sesat jugak. Sudahnya berhenti dekat stesen minyak tanya pada sorang abang tu.

'Bang, nak tanya.. dari sini nak ke IKEA ikut jalan mana ye?'

'Tak guna waze ke?'

'aaa.. apa dia bang..?'

Dua kali aku ulang soalan yang sama sebab aku dengar dia tanya dekat aku 'takde duit ke..?' hahaha.. nasib baik aku tak jawab 'sebab duit adalah nak pergi IKEA ni bang..' huhuhu.. aku yang salah dengar rupanya.


Alhamdulillah, abang tu memang baik hati.. memang detail dia guide aku.. berapa traffic light, lalu terowonglah, belok kirilah.. kira perfectlah.. tapi aku tetap jugak sesat.. kahkahkah.. Tak cukup sesat atas jalan, dekat tempat parking kereta pun boleh sesat. Parking tingkat lain, aku cari dekat tingkat lain.
 

Akhirnya.. berjaya juga aku sampai..


Pergi ikut jalan lain.. balik ikut jalan lain. Balik senanglah pulak.. tak sesat. Sampai rumah.. aaahhhhh... lega.. penat jangan tanya.. seharian dekat luar.


StatusHati: Tomorrow is myBigDay..



8 comments:

  1. Wah jauhnya tersasar pendengaran, sama juga macam tersasar jalan...hehehe

    ReplyDelete
  2. Hehe..ke situ pula yang didengarnya.
    selamat juga sampai akhirnya.
    Dapatlah bershopping di Ikea.

    ReplyDelete
  3. Tak apa. salah dengar aje. Duit ada banyak..

    ReplyDelete
  4. ok la tu.. saya pernah tersesat dari stesen LRT nak turun bawah ke nak ambil teksi.. sesat tak jumpa jalan keluar sampai call member tanya.. Sebab jarang naik public transport sejak berhijrah ke sini. Masa tu nujang lagi la

    ReplyDelete
  5. nnti baju ni blh trs fwd ke raya.. dah sedondon kan.. hehe

    ReplyDelete
  6. wah jauh tu dari PJ ke Setia City Mall, hehe, anyway nak tanya kedai tailor dekat mana ya? okay tak harganya?

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  7. hihihihihihi. tula kita kan selalu jadi maam je duduk tepi. bila suruh kemana2 jenuh menggagau hihihi

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...