Followers Remaja Purba

Friday, July 15, 2016

Perihal melipat kain



Whatsapp dari Hubby baru-baru ni..


Kahkahkah.. nih bukan sentap tapi aku bantai gelak bila dapat mesej tu..
Sambil berbalas mesej sambil tengok baju dalam bakul yang ada, liatnya rasa nak mulakan melipat kain baju yang bertimbun tu.. tapi kalau tak lipat.. kang adalah yang tercari-cari bajulah, seluarlah.. hok yang kecik pun dok menanya dekat aku.. carinya tak.. huhuhu..

Bila dah mula melipat, hantu rajin pulak rasuk aku.. habis licin bersih aku lipat. Walau tiada pujian diberikan tapi tetap berasa bangga bila berjaya mengosongkan bakul yang ada.. Tapi itu hanya bertahan sehari je, esoknya kembali penuh semula..

Perihal melipat kain ni takkan pernah selesai..
Tiba-tiba aku teringat, dulu.. beberapa tahun lepas, aku pernah dapat komen yang pada aku hanyalah entry biasa, tapi pengomen tersebut macam tak puas hati dengan apa yang aku buat.. Alahai nak ooii.. Makcik ni buat entry dalam blog untuk kepuasan diri makcik, kalau kamu tak suka, makcik tak boleh nak kata apa tapi terima kasihlah singgah blog makcik dan bagi komen pada entry makcik tu..

Aku ni tak harapkan pujian pun, berblog pun untuk kepuasan sendiri tapi aku minta maaflah kalau kau pernah terasa satu ketika dulu. DAN.. komen tu aku masih simpan hingga kini.. tak publish pun. Macam dia cakap dalam komen tu.. 'tak penting pun apa yang aku ceritakan dalam entry tu..'


StatusHati: Bukan semua orang suka dengan apa yang kita terjemahkan di dalam blog..

10 comments:

Khairul Bariah said...

haha, akak pun pernah buat entry pasal ni tau aiza. Bukan setakat kubu perang tp dah macam lautan hindi dalamnya. Mencari spenda tak jumpa2.
Eh ada jugak org mcm tu ye. Kalau tak suka apa yg kita tulis takyah lah masuk ke blog kita, tak gitu ke aiza

Nurzakiah Hanum said...

hahaha

blasahje said...

ya allah... betul lah... stakat kemas yg lelain tu memang gigih... tiba tang nak melipat kain tu ya ampunn... malasnya!!!

tapi terpaksa gak lipat bila dah sampai tahap nak cari spenda pun susah... agagagagaga...

bengis sendiri kadang....

Nor Azimah said...

Ni kira masalh sejagat nih, haha..masalah yg tak pernah settle. Akk pun penah buat entri pasal nih.

suziana mohd tahir said...

Saya bab buat kerjarumah (memasak, mengemas, membasuh pinggan mangkuk etc) bagilah berapa banyak sekalipun inshaAllah saya mampu selesaikan. Tapi, kalau bab baju bajan je saya awal-awal angkat tangan surrender...bermula dari mengasingkan baju2 kotor, membasuh, menyidai, mengangkat, melipat, menseterika etc memang bukan minat saya hihih.

norhidana miswan said...

sama lah kak... dana paling mls bab lipat melipat heheheh

dulu2 bakul kecik je rajin lak melipat, pantang berisi msti lipat tp sejak tukar beli bakul beso... tak tau naper di biarkan sampai kadang menggunung tinggi hahhaha...

alin said...

haha adoi sis.. sangka alin saja macam tu.. kadang lebih seminggu jadi kubu, lipatnya tak juga hehe.. nasib baik semua org kat rumah faham :(

Kak Aya said...

memang melipat baju kerja paling malas nak dibuat .tapi terpaksalah, tak ada siapa yang rajin dlm rumah tu nak buat kerja tu.

Siqah Hussin said...

Haha. Tak dinafikan siqah memang pemalas lipat baju kak. Sekarang basuh di dobi, keringkan sekali, terpaksa lipat terus. Kalau tak nanti, baju kedut seribu. Bila sampai rumah, malas nak simpan dalam almari lak.. Hehe.

Mummydearie said...

Saya masih tak faham-faham sampailah ke hari ni. Kenapa kebanyakan orang tak suka lipat pakaian ek?

Saya suka aje. Kotnya saya satu dalam sejuta ke yang suka lipat pakaian? Hahaha!

Pssttt...silalah publish komen ini walaupun tak sependapat ~_^

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...