Followers Remaja Purba

Wednesday, July 13, 2016

Kisah dua hari sebelum raya..


Kronologi 29 Ramadhan yang lepas..

Kisah dua hari sebelum raya..
En. Hubby tunjukkan tanda protes bila aku suarakan yang aku tak nak cuti sebelum raya. Aku pulak bercadang nak simpan cuti rehat untuk dak Kakak nanti.. tapi aku ni bukanlah jenis yang kejam engkar perintah, makanya bercuti awallah aku sebelum raya tu..

Dari bangun pagi tu aku dah rasa berpotensi nak kena serangan migrain, ni semua gara-gara aku tak cukup rehat, tak cukup tidur. Pagi tu aku tetap pergi ke tempat kerja atas alasan nak ambil barang yang tertinggal dan dalam masa yang sama sempatlah aku selesaikan urusan perbankan.


Federal highway

Dalam perjalanan balik ke rumah, ingatkan laluan di Federal Highway dah mula lengang, sangkaanku meleset sama sekali. Rupa-rupanya ada kemalangan berlaku, tapi sesaknya macam highway tu terhalang sepenuhnya.. Hailaa.. memasing dok perlahankan kenderaan makin memburukkan lagi keadaan.

Di rumah, ku cuba rehatkan diri dengan harapan cepatlah migrain tu hilang. tapi bila keadaan makin teruk, petang tu kuserah diri di klinik, awalnya doctor hanya nak bagi aku ubat tapi aku sendiri request nakkan suntikan walau itulah yang paling aku tak suka dan seboleh mungkin akan aku elak.

Banyak jugak doc nasihatkan aku dari segi pemakanan, rutin harian, rehat dan tidur yang cukup mampu mengurangkan/menghalang dari serangan migrain.. and the best part 'Kenapa nak diet?' 'Dengan BMI yang dah berada di tahap normal kenapa perlu berdiet lagi..?' 'Kalau nak diet, biarlah seimbang, jaga pemakanan, bersenam dan paling penting rehat kena cukup.'

Tapi serangan migrain masa tu bukan disebabkan diet tapi sebab tak cukup rehat, tak cukup tidur sebenarnya. Pasal isu diet tu, hanyalah nasihat sampingan dari doctor..


 StatusHati: Perlahan-lahan mencari rentak nak update blog..



11 comments:

Yana Libra said...

moga sihat2 aje ye..saya pun kena cuti awal sbb tak nak gaduh..hehe

amirah said...

take care ai...

Kakzakie Purvit said...

Kalau dah kena serang migrain nak buat apa pun tergendala ye..

Falsya said...

aduhaiii..falsya paham sgt kak kalau dh kene migrain nie mcm mana..rase mcm nak cabut kepala letak tepi je..

norhidana miswan said...

dhla tgh pose migrain lak pns pulak tuh mmg tensen kan kak...

udah2 tak pyh nk sahut cabaran kurus kt opis akak tuh... takmo diet2 nnti sakit lain lak yg dpt hehehe... saja2 nk bg nasihat ala2 doktor

AziRahmanDot Com said...

moga dpt rentak semula mengupdate blog...hehe....selamat hari raya

Mar Mansor said...

gitulah kan..kalau dah sakit

Aziela said...

Ai muda lagi. Mesti sbb x cukup rehat gila-gila kan. Kesiannya awak. Lepas ni, jaga waktu rehat tau.

Oh, Selamat Hari Raya..rindu dgn Dak Nuha

Puan Kutu said...

Teruk juga migrainnya ye..apa kata ikut aje nasihat doktor.hehe

saniah ibrahim said...

sedangkan sakit kepala biasa pun tak dapat nak wat kerja dah ini kan pula migrain tentu lagi stress jadinya kan Ai..Akak harap semoga sepanjang syawal ni Ai sentiasa sehat hendaknya .

Mummydearie said...

Saya pun cuti awal tapi tak buat apa-apa. Balik kampung tetap juga sehari sebelum raya. Anak bujang pulak demam berbalik-balik, memang takdalah feeling nak shopping last minute sempena raya!

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...