Followers Remaja Purba

Thursday, January 31, 2013

Nampak Bona Takdo Idea..


Selamat Datang..
 

 Welcome..


to..


Teratak..







Mak Budak
a.k.a
Remaja Purba..






psstt: Moga semakin berbunga-bunga dan wangi dalam hati kita semua..

psstt lagi: Moga tiada unsur atau pakatan yang negatif dalam hati kita..

last psstt: Moga urusan seharian kita diberkatiNYA.. amin..



Wednesday, January 30, 2013

Entry 2 in 1..


  • Weekend hari tu.. lepas dah penat membeli sebelum belah.. kitorang singgah makan kat sini..
  • Nampak macam menarik.. sebab ada dua duta menghiasi pintu masuknya..

  • Kemudian.. pilih menu.. bla bla bla..
  • Bila sampai.. eemm.. aku rasa mungkin aku salah order kut.. sekali sampai lamb chop daaa..
  • Aku dahlah tak makan kambing..
  • Sudahnya hubby yang kena makan walhal dah order nasi goreng..
  • Air pulak.. carrot susu.. mak aaiii... manis teramat.. rasa susu je..
  • Entah kenapa serba tak kena pulak aku rasa..
  • Confirm lepas ni takmo dah makan kat situ..
 



Ni kisah lain pulak..
  • Ni kisah masa birthday aku kelmarin..
  • Sementara nak tunggu hubby kat tempat kerja, masa untuk beronok-ronok layan dak Nuha..
  • Cerita banyak takmo.. layankan je gambar dia..

'Ibu.. mana babah ni..'


psstt: Nak cerita yang baik-baik je.. yang tak best kita simpan zip mulut dendiam..

psstt lagi: Hadiah..? eeemm.. takde hadiah extra ye mak budak.. kan dah dapat hari tu.. :(

last psstt: Tak sabar nak tunggu Cuti Tahun Baru cina... yeeeaaahhhhhaaa..



Monday, January 28, 2013

28 JANUARI 2013.. apa yang penting sangat dengan tarikh tu ye..


  • Pada tarikh ini.. pukul 7:25 di sebuah hospital.. debaran diganti kegembiraan dengan lahirnya seorang puteri sempurna sifatnya..
  • Terima kasih pada doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran bayi tersebut pada tarikh itu.
  • Juga telah membantu ibunya melalui pengalaman pertama tersebut..

  • KINI..
  • Setelah aku sendiri merasi pengalaman melahirkan dak Kakak.. dak Adik.. dak Nuha.. baruku tahu bagaimana ibuku dulu bertarung nyawa untuk melahirkanku ke dunia..
  • Terima kasih mak.. juga syukur kerana mak sihat sehingga kini..

  • DAN..
  • Pagi-pagi mak call aku..

SELAMAT HARI LAHIR ALONG..
MOGA PANJANG UMUR DIMURAHKAN REZEKI..
MAK SAYANG ALONG..
 
Terharu rasanya.. terima kasih mak.. terima kasih mak.. amin..


psstt: eeemmm.. Hadiah.. eemmm.. dah dapat pakej awal dari hubby sebenarnya pada 1 JANUARI 2013 yang lepas..

psst lagi: Malam tadi pre birthday (dah macam pre wedding pulak..) kat steamboat area nak ke Puncak Alam.. bersama hubby, atok dan nenek..

last psstt: Hari ni eeemm.. tak tahu lagi sebab dak Kakak dengan dak Adik kat rumah atoknya.. esok jelah aku share story..


Sunday, January 27, 2013

Today and Tomorrow..


psstt: Babah dak Nuha dah balik dari outstation.. lepas hampir seminggu aku keseorangan menguruskan dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha.. yeye..

psstt lagi: Malam tadi kenduri aqiqah anak jiran kat rumah.. hari ni nak pergi rumah MIL ada kenduri kahwin kat area sana pulak..

last psstt: Buat hubby.. Sila jangan buat-buat lupa hari esok ye bang.. ---> sekadar mengingatkan.. maklumlah abangkan dah purba.. hahaha..


Friday, January 25, 2013

Tambah rumah baru..?


  • Sedang membangunkan satu blog khas berkaitan sesuatu  yang berguna untuk kegunaan bersama..
  • Masih diperingkat permulaan..
  • eemm.. yang tak bestnya, blog mak budak rasa dipinggirkan pulak..
  • Ops..
  • Ini hanya sementara.. siap saja nanti akan kukongsikan..

psstt: Sedang mencari idea untuk header blog tersebut.



Wednesday, January 23, 2013

Kisah keluarga kecik aku..


  • Nak borak pasal apa ye..?
  • eeemmm..

  • Dak Kakak.. ---> sentiasa rasa tak puas hati kerana dari pagi sampai malam dia tak dapat rehat..
  • Pagi sekolah.. petang sekolah.. malam buat kerja sekolah..
  • Esoknya pagi-pagi dah kena bangun.. rutin harian yang dia kena tempuh sepanjang musim persekolahan..
  • Waktu pagi nak bangun tidur je susah nak kejutkan.. lepas tu ok dah..

  • Dak Adik.. ---> 'Ibu.. babah tak balik ke..?'
  • Soalan yang sama akan ditanya pada setiap hari..
  • Kenapa..?
  • Bila babah dia ada.. waktu pagi mesti meragam mintak babah dia hantarkan ke sekolah..
  • Kesian kat dia dan kesian jugak kat babah dia.. penat outstation tak hilang lagi.. tapi dak Adik bukan kira.. tak makan pujuk..

  • Dak Nuha.. ---> Dah semakin pandai.. mesti merengek tak nak tinggal kat rumah pengasuh..
  • Tapi rengek dia.. rengek gediklah.. kejap je.. pastu ok dah..
  • Badan semangat.. terbaru.. berat dia hampir menyamai berat beras 10kg.. sampaikan doctor kat hospital geram sambil pegang pehanya yang gebu itu..

  • Hubby.. ---> Outstation lagi.. hari ni ke Utara..
  • Aku.. ---> Seperti yang dimaklumkan sebelum ini.. InsyaAllah bermula Februari nanti, aku akan cuba berblog seperti sebelum ini.
  • Kesibukan melanda membatasi segalanya..



Tuesday, January 22, 2013

Dak Nuha lagi..


  • Keadaan dak Nuha sebenarnya ok..
  • Tapi petang Jumaat tu aku gagahkan juga ke hospital disebabkan dak Nuha langsung tak boleh didukung..
  • Sakit kat bahagian tepi dada sampai ke perut..
  • Rupa-rupanya dia tergeliat..
  • Tapi dalam masa yang sama suhu badan dia tinggi tu yang terus ke hospital..
  • Alhamdulillah petang Sabtu dia semakin ok dan mula melasak balik ---> pinjam perkataan dak Yana..
  • Itupun lepas atok 'wak dollar' urutkan sikit badan dia..
  • Dua hari tu memang aku tak bagi langsung dak Kakak dengan dak Adik dukung dak Nuha..
  • Kesian kat dorang, nak main-main pun tak boleh..
  • Pagi tadi.. dia taknak pergi rumah pengasuh.. semakin bijak.. keluar rumah nak.. masuk dalam rumah taknak.. Nuha.. Nuha..
 
 
 Bila sesekali dia tak melasak, rasa pelik pulak..


psstt: Hujung minggu ni ada walimatulurus anak jiran kat rumah FIL.. 



Friday, January 18, 2013

Thursday, January 17, 2013

Sayang Korang.. Rindu Korang..


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

Untuk makluman buat masa ni, mak budak akan sibuk menguruskan keadaan semasa..
Hati memberontak nak buat sesi jelajah ke teratak kengkawan tapi apakan daya..
Sedih + serba salah dibuatnya..
Harap kengkawan semua tak lupakan teratak mak budak ni ye..
Terima kasih pada semua kerana masih sudi dan sudi singgah ke teratak mak budak ni..


psstt: Bagi masa pada mak budak untuk jenguk ke teratak kengkawan ye. ;)

psstt lagi: Hanya berpindah Bahagian dalam Jabatan yang sama.. --> bos dan anak buah je yang bertukar..

last psstt: Moga segalanya berjalan dengan lancar dan tenanglah hendakNYA..



Wednesday, January 16, 2013

Hari-hari terakhir ditempat Sekarang..



  • Hari ni hari terakhir aku berkhidmat dalam Bahagian sekarang..
  • Rasa sekejap tempoh 5 tahun tu..


psstt: Sepanjang hari akan sibuk dengan urusan di Bahagian sekarang..


Monday, January 14, 2013

Subaru vs 'Sulama'..

 
  • Plan asal taknak bawak awek hubby sebab nak hantar dia jumpa doctor peribadi dia..
  • TAPI..
  • Memandangkan pagi tadi aku lewat dari biasa.. maka awek hubby kujadikan mangsa..
  • Maaflah ye bang.. abang tunda jelah temujanji tu..
  • Bila dah lewat.. faham-faham jelah..
  • Sampai satu tahap.. Subaru kujadikan mangsa..
  • eeemmm.. Aku rasa akak yang tumpang aku sekali pergi kerja ni mesti kecut perut..
  • Maaflah ye kak.. redha jelah dengan keadaan yang terpaksa akak tempuh ni..
  • Bukan selalu saya buat tapi bukan jugak sekali yang akak akan kena tempuh.. hikhikhik..
  • Maaflah jugak pada abang Subaru tu.. bukan sengaja nak main 'cucuk-cucuk' ni.. takde niat nak bagi hangat dipagi hari cuma aku dah lambat.. itu aje..
  • Kira merasa jugaklah 'Sulama' ni 'IKUT' Subaru tu..


psstt.. psstt lagi.. last psstt:
  • Ok.. dah.. masa untuk mulakan kerja..
  • Kepada korang semua..
  • Moga hari ni menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari hari semalam..
  • Ada masa kita jumpa lagi..
  • Assalamualaikum..

Friday, January 11, 2013

Moga kita semua..


  • Moga Jumaat kali ni membawa lebih kegembiran pada kita semua..
  • Moga kita semua sihat dalam menjalani kehidupan seharian..
  • Moga kita lebih cool dalam menghadapi tekanan..
  • Moga kita lebih tabah dalam mengharungi dugaan..
  • Moga kita bersedia dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan..
  • Moga kita semua tidak lost contact..


 
  • Kuatnya diri ini kerana chef hubby tiada di sisi.. ---> outstation lagi..
  • Kuatnya diri ini kerana adanya dak Kakak, dak Adik, dak Nuha di sisi..
  • Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau kuatkanlah mental dan fizikal aku dalam mengharungi hari-hari yang mendatang..



Wednesday, January 9, 2013

Comment masuk SPAM..? erk..?


  • Memula aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada sorang anynomoustakdenama ni..
  • Kerana comment dia yang sedemikian buat aku yang dah lama tak click kat SPAM.. terus click kat situ..
  • Sekali tengok.. banyaknya comment yang pending kat situ..
  • Antaranya beberapa blogger yang biasa comment kat blog aku, ntah kenapa masuk kat SPAM tu..
  • Patutler lama takde.. rupa-rupanya simpan kat rumah sementara tu..
  • Apa-apapun terima kasih pada dia tu.. terima kasih banyak-banyak..
  • Namun demikian, mintak maaflah comment tu aku simpan untuk rujukan aku pada masa depan..
  • Sekurang-kurangnya aku sedar diri..
  • Sekurang-kurangnya aku taklah terasa yang aku sorang je ada anak..
  • TAPI..
  • Aku nak ucapkan terima kasih lagi dan lagi dan lagi..
  • Sekurang-kurangnya kau hadap jugak entry isi blog aku ni..
  • Sentap..?
  • Tidak sama sekali..
  • Sebab.. ni blog aku.. acuan aku.. citarasa aku..
  • Aku bukan nak kejar traffic, duit bagai..
  • Aku minta maaflah kalau kau tak suka.. aku tak boleh nak kata apalah..
  • Untung kau..
  • Tak pernah aku buat entry khas untuk orang takde nama..
  • Kira kau speciallah hari ni ek..


psstt: Aku ok je..

Tuesday, January 8, 2013

Tolong kemas ek..





  • Semakin aktif dan semangat badan dia..
  • Gigi dah ada 5 batang..
  • Dah pandai berdiri tak reti nak duduk balik.. ---> kalau dia menangis tau dah sebab apa..


psstt: Masih tak sempat nak upload gambar Sabtu lepas.. sibuk melayan kerenah dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha..



Monday, January 7, 2013

Selamat Kembali Bertugas..


  • Seminggu bercuti rehat menguruskan dak Kakak dengan dak Adik ke sekolah.. ---> hari pertama persekolahan je pun.. lepas tu kami pantau dari rumah je..
  • Dak Nuha kami hantar kat rumah pengasuh bagi dia biasa.. maklumlah sebulan lebih dok dengan nenek a.k.a pengasuh lama dia.. ---> takmo dia culture shock..

Pagi tadi..
  •  Dak Kakak dengan dak Adik mintak babah dorang hantarkan.. sesekali nak gedik manja dengan babah dorang.. ---> aku tengokkan aje..
  • Start hari ni ada sorang akak ni tumpang aku pergi kerja.. Aku kena pandu slow..? Alamak.. tak retilah.. camane ek..


La ni..
  • psstt: Sempat update blog.. padahal kerja berlambak.. tak kira.. nak update jugak..
  • psstt lagi: Sabtu lepas aku buat Majlis Bacaan Yassin kat rumah aku.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. ---> gambar akan diupload kemudian sebab masih tersimpan dalam NIKON..
  • last psstt: Ok.. dah boleh sambung kerja balik..


Friday, January 4, 2013

Sepang Circuit..


  • Tahun lepas (macam lama sangat padahal baru je masuk tahun baru..), aku ke Sepang Circuit.. tengok lumba kereta.. jangan tanya game apa sebab aku sendiri pun tak tahu.. yelah.. hubby sponsor aku ikut je..
  • First time (control excited..) aku masuk dalam tu.. dengan ngauman bunyi kenderaan yang gggrrrr... buat aku rasa nak join sama..
  • InsyaAllah.. akan kuusahakan agar aku pulak yang dapat pandu kat litar tu walau hanya sekadar makan angin.. kihkihkih..
  • Tapi tempat macam ni amatlah tidak sesuai untuk dak Nuha.. dengan ngauman enjin yang membingit.. kitorang duduk jauh sikit.. taknak merosakkan gegendang telinga dak Nuha..
  • Dak Kakak dengan dak Adik usah cakaplah.. seronok..

Sempena memperingati Palestin.. dorang buat lintas hormat sepusingan..

Macam-macam rupa.. macam-macam color..


Dak Adik sedang menghayati kelajuan dan kebisingan kereta yang lalu..

Kali pertama guna 5100..
Maaflah ye.. aku tak reti.. janji ada kenangan sudah..
Tak sempat nak jelajah belajar cara penggunaanya lagi..
 
 
 
psstt: Slow je aku update blog tahun baru ni.. InsyaAllah start pertengahan Februari nanti aku kejar balik entry yang tak sempat aku jenguk jengah..
 
 



Wednesday, January 2, 2013

Selamat Kembali ke Sekolah..


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blogku..
Moga korang semua berada dalam keadaan sihat dan gembira..

Apa cerita korang sepanjang hari ni..?
Aku ---> bersama hubby menguruskan hari pertama persekolahan dak Kakak dengan dak Adik..

Anak meragam di hari pertama persekolahan..?
Dak Kakak.. rileks je.. maklumler tahun ni dia dah masuk darjah 3.. paling menarik.. Pengawas di sekolah agama ---> tahniah kakak..

Dak Adik.. muka cuak dan macam nak nangis sebab dia tak tahu yang dia kena tukar sekolah walhal bukan aku tak pernah bagitau..

Sepanjang minggu ni aku dan hubby akan bercuti rehat menguruskan keperluan anak-anak..

Apa-apapun moga semuanya berjalan dengan lancar hendakNYA.. amin..


psstt: Hari ni chef hubby takmo masak.. tapi hubby ajar nak masak apa.. aku..? ikutkan je..

psstt lagi: Yang kat office tu.. sabar ye.. minggu depan aku lapor diri..

last psstt: Entry kali ni takde cerita pasal dak Nuha kan..??


Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year..? ops.. Happy Anniversary lalink..


  • Gigih aku bangun tengah malam gara-gara hari pertama tahun baru 2013 ni..
  • Lagi gigih disebabkan hari ni 'Hari Ulangtahun' aku bersama hubby..
  • Dah tentu gedik manja lebih hari ni.. kihkihkih..

  • Apa-apapun..
  • Happy Anniversary to me and my chef hubby..
  • Moga sentiasa di bawah lindunganNYA dan dianugerahkan kesihatan yang baik agar tahun depan cik puan isteri ---> akuler tu dapat lagi besar punya hadiah berbanding tahun ni..
  • Hoyeh.. hoyeh..

Inilah dia hadiah in-advanced.. sebulan awal aku dapat..
Boleh tahan sampai tak tahan perasaan jadinya..
Masalah utama sekarang.. ada sape-sape nak volunteer jadi guru tak rasmi aku tak..
Ajar guna Nikon tu..
Samsung tu dah pandai guna dah.. hahaha..
Percayalah.. ini kali pertama aku guna kedua menda tu..
 
 
DAN..
 
This is for you lalink..
tayar ye..?
Ops.. thats our latest baby in da house..
Gambar penuh..?
Aku pulak tak sanggup nak masukkan..
Nanti orang cakap aku over lah pulak..
 
Apa-apapun.. moga hidup kami happily ever after..
Dak Kakak dah ada geng ---> dak Nuha..
Dak Adik..? errrkkk..
 
 
psstt: Sejam aku amik masa nak upload entry ni gara-gara layan Hawaii Five-0.. terlebih focus on that series..
 
psstt lagi: Nak peluk Nikonlah pulak.. asyik peluk hubby dengan dak Nuha je.. kahkahkah..
 
last psstt: Goodbye 2012 and welcome 2013..
 
 
 

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...