Aku jarang nak buka ruangan komen 'spam'. Sambil cuba nak delete komen yang berstatus 'mengarut', rupanya terlampau banyak komen yang termasuk ke dalam 'spam' sejak tahun 2011. Allahuakbar.. bertahun rupanya komen tu berada di situ. Ada pula komen datangnya dari 'anonymous/tanpa nama', seperti di dalam dua post ini.
Kantin sekolah di SINI..
'cakap jew lebih, buatnye idok' - oleh anonymous
- Hari pertama persekolahan ketika anak-anak kali pertama memasuki sekolah untuk darjah satu, aku akan mengambil cuti rehat.
- Hari pertama aku hantar dan dia beratur mengikut kelas yang telah ditetapkan, aku terus balik.
- Tak pernah lagi aku turut serta menemani anak-anak waktu rehat. Pandailah deme nak berdikari + cikgu pun akan beri tunjuk ajar berkenaan apa yang ada, apa yang perlu dibuat.
- Aku rimas bila ibu bapa dok bersidai sekali waktu perhimpunan hingga membawa ke waktu rehat. Kalau aku jadi cikgu pun rimas.
- Balik sekolah, anak-anak akan menaiki van sekolah. Aku takde tunggu di depan sekolah, biar dia belajar berdikari. Kena yakin dan percaya dia boleh buat sendiri. TAPI.. hanya dak Kakak waktu darjah satu dulu, aku kena tunggu dia balik sekolah setiap hari kerana dia bersekolah jauh dari rumah sebelum aku tukarkan dia ke sekolah yang berdekatan dengan rumah.
- Bila anak-anak balik dari sekolah, mereka akan bercerita pengalaman hari pertama di sekolah dan aku bagi nasihat + cara apa yang patut dibuat kalau jadi macam tu, jadi macam ni. Selebihnya, buatlah sendiri.
- DAN.. buat pertama kali tahun ini ibu bapa hanya dibenarkan menghantar anak hingga ke pintu pagar sekolah. Aku suka - tabik spring buat pihak sekolah. Juga demi kesihatan dan keselamatan anak-anak. Lagipun nak risau buat apa, mereka telah dididik dan didedahkan dalam alam persekolahan sedari kecil. Aku tak rasa itu akan membawa masalah.
- Anak-anak ni, bila nampak kelibat ibu bapa mulalah nak merengek manja tapi bila kita takde boleh je mereka berdikari.
- Ini komen aku secara umum, jangan pula ada yang terasa. Bukan semua anak-anak itu boleh terima persekitaran baru tapi kita kena yakin mereka boleh melakukannya.
'tak payah upload pun takpe kalau sibuk, tak penting pun. buat entri yang lebih memberi manfaat kepada pengikut blog sikit. orang lain pun ada anak. kalau setakat upload gambar anak, apa yang pembaca boleh dapat? ala orang lain pun ada anak juga, lagi comel, lagi bijak, rilek-rilek je makcik oi' - oleh anonymous
- Adakah kerana penggunaan tatabahasa aku yang tidak menarik?
- Adakah salah aku hanya kerana aku tidak update dengan isu/kisah yang memberi manfaat kepada orang lain?
- Adakah aku terlampau bercerita mengenai anak-anak?
- Waktu anak-anak masih kecil memang banyak kisah mengenai mereka - simpan sini sebagai kenangan. Bila anak-anak semakin membesar, lain pula kisahnya. Adakala hanya sekadar berbicara tanpa sekeping gambar.
- Kau antara segelintir yang mungkin tidak suka pada sesetengah post di dalam blog aku tapi takkan hanya kerana segelintir itu, aku kena perah idea mencari isu/kisah semasa.
- Aku takut sebenarnya, takut tersalah bicara. Masih ramai yang lebih layak dan pandai mengulas berita.
- Alhamdulillah, anak-anak aku sempurna sifatnya. Mungkin tidak comel mahupun bijak tapi dengan asuhan yang diberikan InsyaAllah mereka mampu berhadapan dengan dunia luar satu hari nanti. Kita sebagai ibu bapa hanya mampu mendoakan dan menasihati.
- Aku tetap rileks, takde pula nak serabutkan kepala hanya kerana blog perlu di update sentiasa.
Jangan berselindung disebalik 'anonymous/tanpa nama'.
Terimalah kenyataan yang kau tidak mampu berbicara secara bersemuka.
Kau tak suka, aku tak boleh nak buat apa.
Mungkin waktu itu kau tengah kecewa.
Aku sangat hargai mereka yang sudi singgah di blog MakBudak a.k.a RemajaPurba.
Terima kasih buat mereka.
#RemajaPurba: Kau tak tahu apa-apa..
No comments:
Post a Comment